Written by kalajiau ingaa
Pengalaman saya dengan pisau peraut bapa, ia boleh digunakan untuk mencukur bulu roma kaki!
Pisau peraut - aaut, aaut, pisau peraut
Biasanya si tukang akan duduk bersila; atau duduk dengan bertinggung sebelah lutut. Pakaian semasa ’meraut’ juga khas, sama ada berkain pelikat berlipat ke paras lutut atau hanya berkakun.
Pisau Peraut (pisau paaut)
AKU OANG DAAT - PART 14
Ini merupakan pisau seni dan serbaguna (sangat serba guna) khas untuk melakukan kerja-kerja kecil, menghalusi, membuat tebukan, mengukir hasil-hasil pertukangan seperti membuat saong maang, hulu maang, lasuk, ambin, gambus, gasing, dan hampir semua kerja pertukangan rutin oang daat.
Kegunaannya tidak terhad kepada orang lelaki. Sang ibu menggunakannya sebagai peralatan di dalam kerja-kerja menganyam tikar, takiding, basung; juga tugas-tugas ‘tambahan’ seperti menatas dan memotong baju, kuku dan sebagainya.
Tataan (gandar) pisau peraut pada amnya adalah kira-kira sekaki; atau dua jengkal lebih kurang.
Sekali imbas, ia kelihatan seperti sebatang tombak mini yang matanya telah menjadi senget. Sais mata pisau mungkin sama atau besar sedikit dari seluruh jari telunjuk anda.
Namun jangan pandang rendah dengan saiznya yang kecil ini. Sementelaah pula, bagi oang daat, pisau peraut merupakan peralatan penting di dalam kehidupan seharian. Ia disimpan dengan baik dan pada sepanjang masa ia tidak diampaa (disepah-sepahkan). Malah menajamkannya (mengasahnya) memerlukan kepakaran tersendiri. Demi kesesuaian tugasnya pisau peraut merupakan pisau tajam ‘super’. Hasilnya pisau peraut biasanya sangat tajam dan tidak boleh dibuat main. Pengalaman saya dengan pisau peraut bapa, ia boleh digunakan untuk mencukur bulu roma kaki!
Seperti yang saya katakan tadi, pisau peraut merupakan alat seni. Kesenian ini meliputi cara mengendalikannya. Biasanya si tukang akan duduk bersila; atau duduk dengan bertinggung sebelah lutut. Pakaian semasa ’meraut’ juga khas, sama ada berkain pelikat berlipat ke paras lutut atau hanya berkakun (bertuala).
Pisau Peraut - aaut, aaut, pisau paaut2
Pangkal pisau peraut dikepit di pangkal lengan, dengan tangan di bahagian siku ditopang ke atas lutut kaki yang ditinggungkan.
Biasanya nyiru diletakkan di hadapan pangkuan untuk mengumpulkan tatal, serpihan dan bahan buangan rautan.
Oh ya, untuk melengkapkannya, sigup bilai (rokok daun), kopi dan makanan ringan akan juga diletakkan berhampiran si tukang.
Dengan segala kelengkapan ini, maka terbentuk 'statue' yang lengkap di tangah langgaa (di tengah langgar) ruang tamu selama berjam-jam. Meraut merupakan kerja yang mengasyikkan.

No comments:
Post a Comment