Wednesday, August 20, 2008

Buah Berry Oang Daat

Written by kalajiau ingaa

Asam Awie

Buahnya sebesar ibu jari kaki lebih kurangnya. Berbentuk bulat agak sempurna dan cantik. Kulitnya licin berkilat, berwarna merah, menarik dan kelihatan amat ranum.

Sekali pandang ia merupakan sejenis 'berry' – penampilan yang paling hampir dengannya ialah spesis red currants.

Buah asam awie, awie, awii, awe

AKU OANG DAAT - PART 19

Namun isinya tidak seindah rupanya. Rasanya tidak seranum warna kulitnya. Boleh dimakanlah, bukan tidak boleh. Isinya lembut dan rasanya sedikit manis, agak kelat tapi, memang kurang menariklah. Anda tidak akan membeli buah ini untuk menikmati isinya.


Sebaliknya asam awie dibeli kerana kulit buahnya yang kira-kira setebal 3-4cm. Kulit ini mempunyai tahap acidic yang tinggi. Maksudnya buah ala berry ini merupakan sejenis asam ramuan masakan tradisi.

Asam ini berbeza dengan asam gelugur (Garcinia atroviridis Griffith et Anders), juga bukan asam kandis (Garcinia xanthochymus). Yang pasti, ia cukup masam.


Ia boleh dijeruk untuk menghasilkan cuka asli yang bermutu tapi cuka ini tidak tahan lama. Jadi biasanya ia dijemur sehingga kering kecut dan berwarna hitam. Asam awie mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi. Asam awie adalah yang paling senang diproses. Belah dua, korek isi dan ia sedia untuk dijemur. Melalui proses sedemikian ia tahan lebih lama berbanding asam-asam tradisi lain seperti asam kalumbi, balimbing pucong, asam limau, bambangan dan seumpamanya.


Comments


jureen |2008-08-21 10:43:21
asam awiee.nyaman ba tu ,famili kami antara org yg terlibat dlm penjualan asam awie ni,segantang bole mencecah rm30!!tetapi proses pembuatannya agak leceh dan mengambil masa yg lama,bermula dr proses mengutip(sangal pinggang dang),belah n korek, jemur(tempoh kering biasanya dlm 4 hari,itupun kalau hari sentiasa panas) dan akhir sekali pembungkusan.
isinya turut bole dijemur dan ditambah dlm masakan walaupun rasanya x se'umph' kulitnya


doll |2008-10-08 09:05:49
asam awiee??eh..bkn namanya asam maoi'@asam aoi ka??

No comments:

Post a Comment