Saturday, August 30, 2008

Selamat Hari Merdeka 2008, Malaysia

Written by KaaWai ^TaNaH^






Kadayanuniverse.com mengucapkan selamat hari merdeka kepada seluruh warga malaysia.


Ini merupakan tahun ketiga KadayanUniverse.Com sejak dibentuk pada bulan Disember, 2005.

Penstrukturan semula pengurusan kadayanuniverse.com pada penghujung tahun lepas (Okt 2007) nampaknya berjaya memacu perkembangan yang menggalakkan terutama kepada jumlah pengunjung yang bertandang ke laman web ini, yang mendadak meningkat melebihi 20 kali ganda berbanding dengan tempoh yang sama (Jan – Aug) 2007.

Sempena hari kemerdekaan ini biar kami tegaskan sekali lagi bahawa kadayanuniverse.com sebenarnya masih bukan merupakan laman web politik sepenuhnya. Kami tidak menyokong mana mana parti politik atau ditaja oleh mana-mana pihak yang berkepentingan politik sama ada parti pemerintah ataupun pembangkang dan meskipun tulisan-tulisan yang dipaparkan berbau ke kiri atau ke kanan.

Laman ini kami usahakan dengan titik peluh dan jerih payah sendiri. Sehingga kini, pulangan terbesar dari kerja-kerja berkenaan adalah di dalam bentuk kepuasan sendiri sahaja.

Kebanyakan tulisan yang ada pula datangnya samaada :

i) Sumbangan sukarelawan dari serata Malaysia dan Brunei - terima kasih daun keladi.

ii) Kutipan bahan dari laman-laman para penulis blog dari serata dunia - maaf, kami ciplak saja.

iii) Media akhbar arus perdana di negara ini - dalam kebanyakan masa mereka tak tahupun berita yang mereka sediakan dengan susah payah kami cincang di sana sini.

Namun begitu, kesemua artikel yang tersiar adalah disertakan dengan sumbernya, sebagai penghormatan kepada hak-hak harta intelek si pengarang yang berkenaan.

Penulis-penulis Kadayanuniverse.com memang kritikal. Tetapi kami tidak ikut-ikutan menterbalikkan bendera Malaysia, tidak.

Sudah merdekakah kita?

Kami di sini merdeka, rasanya.


Comments

Aliesofie - TAHNIAH |2008-08-31 01:54:14
Suara dari Buhor mewakili penduduk dan kaum Kedayan di Negara Brunei Darussalam ingin menyampaikan Tahniah kepada Seluruh warga Malaysia atas sambutan Hari Kemerdekaan ke 51.

No comments:

Post a Comment