Palupuh – buluh (bukan rebung) cincang

Thursday, August 28, 2008
Author kaawai Category

Written by kalajiau ingaa

Ting kulabit-labit

palupuh di tabasan

ku sinting aienya damit

kupupuh sudahya basaa


(timang tinggi-tinggi

palupuh di bendang

ku manjakan waktu kecil

ku tangankan bila dah besar)

Tetapi fokus tulisan ini adalah berkisar kepada perkakas (hardware) yang bernama ’palupuh’ bukan isi pantun di atas.

AKU OANG DAAT - PART 20

Palupuh merupakan kepingan-kepingan buluh yang dijadikan dinding dan lantai bangunan oang daat. Bangunan yang dimaksudkan termasuklah rumah, junjung (rumah kecil, pondok, sulap), duong (durong, kepuk, jelapang padi).

Buluh yang sesuai dijadikan palupuh adalah dari jenis tebal, dan ia adalah spesis buluh paling besar di dunia kami. Pokoknya menjulang tinggi sehingga 20 meter dan perdu rumpun perdunya boleh menjangkau 10 meter keliling.


Dulu ia senang didapati di keliling kampung. Batangnya berat, miang dengan ukur lilit sehingga sebesar tin milo 700g . Batang yang masih segar berwarna hijau tua. Panjang ideal bolehgunanya (usable length) adalah sekitar 5 meter.

Ada masanya bekalan buluh di sekitar kampung tidak mencukupi. Dalam keadaan ini pilihan yang kami ada ialah ke hutan yang terletak di bahagian hulu sungai.


Ini adalah strategi pintar oang daat. Batang-batang buluh ini dihimpunkan di sungai dan dijadikan bangkaa (bangkar, rakit) lalu dihanyutkan sehingga ke pengkalan sungai di kampung.

Ia adalah keputusan bijak. 2-dalam-1, jimat tenaga dan jimat masa. Maksudnya, rakit berkenaan dijadikan pengangkutan dan sekaligus mengangkut buluh dalam masa yang sama.


Kerja-kerja mengambil buluh boleh dikerjakan seorang diri. Tapi namanya oang daat jaranglah kami buat kerja bersendirian. Gotong-royong (mucang, mahutangi) adalah norma kehidupan. Sedikit seorang, sedikit seorang, lama-lama habis diangkut ke halaman rumah.

Sampai di halaman, buluh-buluh berkenaan disusun dan dipilih berdasarkan kesesuaian penggunaannya. Setelah dipotong mengikut panjang yang sesuai, ia akan mula dicincang membujur (bukan melintang batang buluh) dengan menggunakan parang pembelah potongan sisi; bukan parang pemenggal dan ia dikenali dengan nama 'Maang panyimpaa'.

Batang buluh ini di cincang lumat tetapi berselang seli. Tetakan bermula dan berhenti pada takatnya sendiri agar urat batang buluh tidak putus terus dari satu pangkal ke pangkal yang satu lagi. Hasilnya batang buluh ini menjadi satu kepingan yang boleh di jadikan dinding.


Saudara daat kami orang dusun juga menggunakan pelupuh ini sebagai lantai. Tapi kami tidak, sepanjang pengetahuan sayalah, kecuali untuk lantai duong padi.


Comments


saidah |2008-10-08 09:49:06
waaaaaa..batah dah inda mendangar lagu atu..time ku damit2 nganya ku tedangar(aimulah nini sama mama ingin naindung)..nda lagi ku tedangar lagi kaang ani..

0 comments:

Post a Comment