Selamat Hari Raya!

Tuesday, September 30, 2008
Author kaawai Category

Kami di Kadayan Universe mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca yang beragama Islam.

Part I – Beraya di Sipitang

Sekarang ini saya berada di Sipitang, Sabah - sejak semalam lagi.

Sipitang? Ya Sipitang. Daerah ini terletak di pesisir pantai barat, melintang menghala ke pedalaman Sabah menyisiri kawasan Kalimantan Tengah, bersempadan dengan negeri Sarawak dan berhadapan dengan pulau Labuan. Kawasan ini merupakan satu dari beberapa petempatan utama orang-orang Kadayan di Sabah.

Agak lama tidak berkesempatan melepak di kampong. Kesempatan ini saya gunakan untuk melepak ke rumah saudara mara yang berhampiran. Banyak oksigen di sini. Muka-muka yang familiar kelihatan semakin berusia. Samalah juga keadaannya apabila mereka melihat saya, pasti.

Di Kota kinabalu; kelmarin dulu saya menziarahi seorang saudara yang isterinya meninggal dunia.

Memang masa begitu cepat berlalu...

Kepada pengunjung Kadayan Universe yang juga beraya di Sipitang, silalah berkunjung ke rumah pusaka buruk Kaawai Tanah di Kampung Pantai.

Part II – Kadayan Universe Update

Laman Kadayan Universe ini kami letakkan [parking, web park] di laman mirror yang dibuat oleh Giin Buagas. Kami berpendapat ini merupakan penyelesaian terbaik untuk sementara.

Tanpa laman mirror ini, tak menang tangan saya untuk menyambut panggilan telefon, membalas SMS serta email, semuanya dari para pembaca yang mengambil berat dan ingin mengetahui masalah sebenar yang kami hadapi sejak sebulan lepas.

Bagi capaian streamyx pula, bahagian bantuan pelanggan TM juga harus dipuji. Sejak 3 hari lepas kakitangan mereka setiap hari menelefon bertanya keadaan mutakhir talian Streamyx di kawasan saya. Biasanya tak pula begitu. Masalahnya ialah saya berada di kampong, dan saya tidak tahu keadaan capaian streamyx di sana. Tetapi saya tetap juga bakal mengurangkan pakej streamyx selepas raya nanti!

Tentang server Kadayan Universe. Saya telah mengenalpasti beberapa webhost yang bersesuaian untuk disewa sekembali dari kampong.

Part III – Kemana arah tuju Kadayan Universe?

Sejak kebelakangan ini para penulis di Kadayan Universe nampaknya lebih menjurus kepada bentuk penulisan satira [satirical].

Apa nak buat, kebanyakan artikel yang kami terima adalah sarat dengan elemen satira dan sindiran, sama ada yang tajam dan tumpul. Tidak dinafikan sebahagian daripadanya adalah menyakitkan terutama jika hanya dipandang dengan hati yang tertutup. Tambah-tambah lagi bagi anda sebagai pembaca, jika anda kebetulannya adalah di pihak yang menjadi sasaran. Tahan sajalah. Pandangan dari musuh anda selalunya lebih jujur dari pandangan sahabat handai. Kebanyakan sahabat lebih ingin menjaga hati anda sebelum membuat sebarang kenyataan, tidak kurang juga yang suka membodek.

Part IV – Orang Kadayan Memang Pakar Mengutuk!

Tidak syak lagi orang kadayan cukup pakar dalam hal-hal begini. Di dalam menegur dan membetulkan kesilapan, bukan sesuatu yang asing bagi orang-orang tua kadayan memulangkan paku buah keras, menyindir dan membalas sindiran secara yang cukup menghiris. Ia adalah sebahagian dari kebudayaan kadayan, sebab itu kita harus berhati-hati di dalam segala tindakan dan menjaga kelakuan agar tidak dipandang sebagai dungu dan menjadi bahan momokan sepanjang zaman.

Ironinya kemahiran yang serupa juga ada di mana-mana, seperti yang kita lihat di Kadayan Universe. Contohnya seperti saudara kita orang dusun juga begitu, orang melayu semenanjung pun sama jika artikel-artikel yang tersiar di laman web ini menjadi ukuran.

Agaknya itu semua terletak di dalam gen kita sebagai orang Nusantara tak?

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Lebaran – Maaf zahir dan batin kami pohonkan daripada anda semua.

Kaawai Tanah
Kadayan Universe management team.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

KadayanUniverse.Com parking di sini sehingga selepas Raya

Author kaawai Category

Keputusan ini kami ambil, setelah mengambilkira masalah-masalah yang dihadapi di sepanjang bulan ini.

Lagipun kami semua berada di kampung halaman masing-masing buat masa ini, sukar untuk berinteraksi dengan lancar kerana kamia semuanya sibuk hendak beraya.

Parking di BlogSpot.Com sangat selamat. Belum ada hacker Malaysia berani melancarkan DDOS kepada Blogger.com / Blogspot.Com! Yang biasa ada ialah setakat melancarkan komen bertubi-tubi sehingga sesuatu blog berkenaan diklasifikasikan sebagai spam blog.

Bagi anda yang telah merekodkan perkhidmatan RSS kami sebelum ini, harap kod rss yang sedia ada jangan diubah. Insya-Allah keadaan di kadayan universe akan kembali normal tidak lama lagi.

Kaawai Tanah
Giin Buagas


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Malaysians, time to abandon Microsoft Windows and go for LINUX!

Sunday, September 28, 2008
Author kaawai Category

Greedy monster dream: to racks RM1 billion by forcing Malaysians to buy obsolete product!



A greedy monster, Microsoft, had announced that there will be no mercy for 3 million estimated pirate users of Windows XP Pro operating system in Malaysia from now on. Should illegal users use it for internet purpose, their PC possibly goes blackout anytime.

Revised text version, 27 Aug 2008.

If you don't want it to happen, you have to purchase the original copy of Windows at the cost of RM580.00 each from local resellers or go to Microsoft website. arimisideks.blogspot.com


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Streamyx oooo Streamyx!

Saturday, September 27, 2008
Author kaawai Category

Written by KaaWai ^TaNaH^
Saturday, 27 September 2008

Streamyx turut berpuasa di bulan Ramadhan

Maaf kerana kadayanuniverse.com mengalami gangguan perkhidmatan sekali lagi.

Pengalaman dengan perkhidmatan TM streamyx di bulan Ramadhan ini cukup menyayat hati. Agaknya bukan saja kakitangan TM yang berpuasa, tetapi juga dengan talian-taliannya sekali jika mengambilkira kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di kawasan Luyang Kota Kinabalu ini.

Cukup menyedihkan.

Di sepanjang bulan September ini, setiap minggu mesti ada gangguan. Tiada Internet dalam dua tiga jam masih boleh diterima, tetapi ini sudah lebih. Dalam seminggu gangguan satu hingga tiga hari, tak berbaloi rasanya dengan bayaran RM88 yang mesti dijelaskan setiap bulan.

Teks dikemaskini, 28 September 2008

Yang paling teruk ialah minggu ini. Dari 25 haribulan sehingga hari ini 27 September 2008 belum lagi pulih. Panggilan ke 1300 88 9515 dah lebih dari hafal kerana terlalu sering menelefon perkhidmatan pelanggan TM. Tekan 1 untuk Bahasa Malaysia. Anda akan dipaksa mendengar pengumuman yang berjela-jela sebelum ke langkah yang seterusnya (tiada cara untuk escape kah?). Tekan 1 lagi untuk perkhidmatan Streamyx. Kemudian tekan 3 untuk bantuan teknikal.

"Ye Encik, ada apa-apa yang saya boleh bantu?”

"Encik ada di depan komputer?”

"Lampu ADSL ada menyala?”

"Dah cuba buat direct connection?”

"Apa error bila encik dail”

Pertanyaan-pertanyaan bangang dari kakitangan TM yang cuma menghafal skrip bodoh bantuan pelanggan. Bilalah agaknya mereka cuba memahami bahawa bukan semua pengguna Streamyx sedangkal pengetahuan mereka sendiri.

Pengguna-pengguna Streamyx yang mahir tidak memerlukan itu semua. Untuk mengetahui samada LAN berjalan dengan baik atau tidak cukup dengan hanya meluncurkan dos console / unix terminal.

Ping komputer sendiri 192.168.1.X - Mampu mempastikan ethernet NIC PC sendiri OK

Ping gateway 192.168.1.1 - Router OK

Ping DNS 202.188.1.5 - Streamyx OK

Apa pula yang hendak ditanyakan mengenai apa error yang keluar?

Semua error-error ini hanya berguna jika pelanggan berkenaan menggunakan sistem operasi Microsoft Windows. Nombor error rekaan Microsoft tidak laku di Linux, tidak laku juga di Mac. Lain sistem operasi lain nombor error. Pengguna OS Linux dan Mac tiada maklumat dan tidak memerlukan nombor-nombor error berkenaan.

Lagi pula, setiap kali masalah capaian streamyx berlaku, situasi sebenar yang terjadi adalah kerana liputan perkhidmatan streamyx yang tidak baik, bukan masalah di dalam rumah. Malah tidak perlu menjadi pengguna mahir, anda juga boleh menyemak di mana masalah berkenaan berlaku menggunakan kaedah pinger. Jika anda menggunakan Microsoft Window sila pergi ke Start menu, klik run dan taip "cmd". Kekotak Dos akan keluar sedia dengan command prompt yang diperlukan. Teruskan dengan menaip perkataan yang bold di bawah

C:\Documents and Settings\DamnStreamyx>ping 192.168.1.1
Pinging 192.168.1.1 with 32 byte of data:

Reply from 192.168.1.1: bytes=32 time=ms TTL=254
Reply from 192.168.1.1: bytes=32 time=ms TTL=254
Reply from 192.168.1.1: bytes=32 time=ms TTL=254
Reply from 192.168.1.1: bytes=32 time=ms TTL=254

Ping statistics for 192.168.1.1:
Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 2ms, Maximum = 3ms, Average = 2ms

C:\Documents and Settings\DamnStreamyx>

Hasil keputusan pinger menunjukkan bahawa LAN di dalam keadaan baik. Komputer boleh berhubung dengan gateway / router / ADSL modem seperti biasa. Pendek kata TIADA masalah berlaku di dalam rumah!

Untuk mengetahui masalahnya, sila teruskan dengan melakukan pinging ke secondary domain nameserver (DNS) TM, atau mana-mana IP di luar rumah.

C:\Documents and Settings\DamnStreamyx>ping 202.188.1.5

Pinging 202.188.1.5 with 32 byte of data:

Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.

Ping statistics for 202.188.1.5:
Packets: Sent = 4, Received = 0, Lost = 4 (100% loss),

C:\Documents and Settings\DamnStreamyx>

Haaaa, Request timed out maksudnya ping anda tidak dijawab dengan wajar sehingga habis masa yang diperuntukkan. Jika anda membayar bil dengan tepat, password dan login tidak bermasalah, dan anda tidak pernah menjadi tikus membaiki labu mengubah sebarang setting di ADSL modem anda; ertinya ialah connection streamyx sedang bermasalah. Mungkin kambing hitam TM yang cemerlang, gemilang dan terbilang sedang berpuasa.

Di sini router tidak boleh berhubung keluar dari access pointnya. Perkhidmatan Streamyx yang buruk sedang mengalami gangguan dan akan menjadi reput jika anda tidak menelefon 1300 88 9515.

Cukup menyakitkan hati.

Cukup teruk.

Jangankan hendak mengemaskini laman web, nak melayari internet pun tak dapat. Sampai terpaksa ke Cyber Cafe untuk melangsungkan kesinambungan laman web dan urusan-urusan lain seperti pembayaran bil-bil yang perlu seperti yang saya lakukan sejak dua hari lepas. Malangnya Web KadayanUniverse.Com juga tidak dapat dicapai kerana sebab yang lain pula.

Mana lagi nak menyelesaikan masalah Streamyx, mana lagi nak menyelesaikan masalah server, mana lagi nak berpuasa ....

Puasa dah nak habis. Harap-harap selepas Raya TM boleh meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Jika tidak, alamatlah TM akan kehilangan beberapa orang pelanggan lama. Masalahnya beberapa pelanggan ini ialah pelanggan yang bermulut celupar!

Celcom broadband ada, Digi pun ada. Apa yang nak disusahkan untuk bertahan dengan perkhidmatan teruk begini.


Comments


zmk |2008-09-28 17:28:16
betul tu,kalu streamyxx bertebiat lg,aku disconnect tukar pg broadband

kaawai - Macam ok suda sekarang ini... |2008-09-28 19:27:32
Sekarang ni macam ok suda, cuma tak tahu berapa lama sebelum dia balik rosak.

Dua kali call streamyx, siap buat report.

Minta tolong diorang reset connection dua kali tak dapat, kononnya port di luar tak stabil.

Stabil-stabilkanlah kalau boleh.

Kalau tidak lepas raya ni tukar pegi kombo rm60, sama saja teruknya yang pakej paling bagus ni.

Atau celcom broadband? rm60 juga, unlimited juga coma modem dia mahal dalam rm3xx.

Selamat hari raya zmk dan semua para pembaca
kaawai tanah

babun - TM Streamyx masih monopoli! |2008-09-28 19:02:38
Inilah masalahnya monopoli. Perkhidmatan tidak baik tiada masalah, perkhidmatan buruk tiada problem.

Mungkin kalau sudah celcom, digi, jaring dan lain-lain perkhidmatan sudah berjaya menyaingi mereka, barulah bergegas ke sana sini untuk meningkatkan perkhidmatan.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Bubur ... bubur ... slurrpppp!!!!

Thursday, September 25, 2008
Author kaawai Category

Written by kalajiau ingaa

Sedar tak sedar dah dekat sebulan kita menjalani ibadah puasa untuk tahun ini. Maksudnya bulan puasa telah hampir tiba ke penghujungnya. Berakhirnya bulan puasa, menjelang pula Aidil Fitri.

Di kampong Oang Daat dan juga kampong orang-orang Islam di merata ceruk Borneo sejak dari zaman-berzaman lagi tidak pernah sunyi dari aktiviti-aktiviti khusus di sepanjang bulan Ramadhan. Di masjid kampong kami terdapat dua aktiviti wajib yang berjalan iaitu bertadarus Al-Quran serta bersolat Tarawih.

Bagaimanapun dahulunya di kampong kami tadarus merupakan aktiviti yang lebih dominan berbanding solat tarawih. Hanya bermula dari awal tahun 1980an barulah solat tarawih berjemaah mula bertapak dengan subur. Perkembangan ini mungkin merupakan hasil pendedahan kepada dunia luar, menjadikan aliran ajaran agama setempat selari dengan arus Islam perdana, begitulah.

Almaklum saja, dunia oang daat kami berada di ceruk dunia. Di sini, peranan badan-badan keagamaan hanya muncul dengan nyata bermula awal tahun-tahun 1980an. Sebelum itu, soal penentuan puasa, penentuan hari raya, soal kutipan zakat fitrah dan sebagainya banyak dipengaruhi oleh keputusan dan karisma orang-orang sekampung yang arif tentang hal ehwal keagamaan. Sebelum itu jangan hairan jika kampung A berpuasa lebih awal atau, beraya lebih awal berbanding dengan kampung B.

Tak mengapalah, kita tinggalkan topik bicara yang agak sendat ini. Bukan saya tidak mahu, tetapi kita boleh membincangkannya pada masa lain yang lebih sesuai.

Mari kita bicara tentang hal yang lebih ringan, soal makan.

Bulan puasa di kampong kami juga merupakan bulan pesta makan-makan. Bermula dengan sang ibu dan adik-kakak riuh rendah dengan paluan lesung batu serta gema pengukur kelapa yang laut-laut diselang seli dengan hentakan parang ke sasaban. Ahh, semuanya khusus bagi penyediaan penyungkaian. Aromanya sungguh menyegarkan hingga perut anda yang seksi mula berdondang sayang mengikut irama paluan sendok dengan kuali dari ruang dapur.

Makan, makan, makan.

Kemudian di masjid bertadarus dan bertarawih. Selesai ritual ini, minum-minum dan makanan lagi. Tiba ke waktu sahur makan lagi. Kemudian di bahagian penghujung bulan puasa seperti sekarang, makan-makan tahun (kenduri arwah) akan diadakan di mana-mana. Maksudnya antara lain, makan lagi.

Tetapi di dalam semua ini terselit satu juadah yang seolah-olah menjadi kemestian di mana-mana majlis makan yang anda hadiri. Juadah berkenaan ialah bubur. Anda juga tentu biasa dengan segala macam bubur. Ia senang disediakan; tambahkan air, santan, gula, sedikit garam dan bahan yang hendak dijadikan bubur. Juga senang dihadam kerana sebahagian besar komponen bubur adalah air.

Namun di dunia sebelah sini setahu saya tiada bubur lambuk. Bubur campur ada, lebih kuranglah barangkali tu. Bubur kacang hijau adalah paling popular. Ada juga bubur jagung, sama ada jagung kuning (jagung ayam) dan jagung lakatan (lembut, agak melekit, lekat, pulut). Bubur ubi kayu dan ubi manjalaa (ubi jala). Bubur taigu (terigu, gandum), semua baham saja asal dihidang.

Bagaimana dengan bubur yang agak eksotika seperti bubur durian? Anda mungkin masih biasa.

Bubur mi kuning? Agak kurang biasa ya.

Ada lagi. Bubur biskut keras berbentuk oval. Biskut ini sudah lama saya tidak melihatnya, tapi masih dijual di pekan-pekan kecil. Keras, senang-senang untuk dibaling ke arah kanak-kanak nakal. Sesuai dihidang semasa kenduri kerana lambat masuk angin apabila terdedah.

Bubur buah tarap? Hanya orang Borneo yang merasa. Rakan dari semenanjung mengatakan ini buah hutan. Buah hutan pun mahallah. Tarap yang lunak dan ulasnya besar-besar cukup enak dimakan. Selain dari bubur, bijinya sedap digoreng menjadi makanan ringan. Tarap juga sesuai dimakan begitu saja dengan kelazatannya sehingga menjilat jari. Buah tarap yang muda boleh dibuat sayur santan.

Bubur cempedak? Bubur nangka? Opps, saya juga tidak biasa, tetapi mungkin ada. Tetapi ada jenis nangka yang dinamakan nangka bubur.

Bubur adalah juadah versatile jika anda bersikap exploratory. Cuba saja ide bubur yang baru. Jika bubur anda laku maka ia akan jadi ikutan di belakang hari. Sebagai contoh, baru-baru ini kami menghadiri satu majlis perkahwinan di kampong sebelahisteri saya. Tuang punya tuang, gelas kami terisi dengan jus minuman yang baru bagi saya, jus timun segar buatan sendiri. Nampaknya isi timun yang tidak dibuka kulitnya diparut halus, memanjang dan menjadi serat yang membentuk minuman jus berkenaan. “Jus apa ni, tak sedap pun” gerutu anak buah di sisi. Isteri saya lalu mencuit pinggangnya, tanda menyuruh diam …

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Hari raya buli logopkah?

Author kaawai Category

Written by Dusun-Non-Grata


Bah, tia lama lagi raya!

Tia payah hitunglah, sia bukan juga posa.

Tapi di rumah sia ni ada jam biologi. Anak sia, Cyntia suda satu minggu balik seja dari sikul, turus lepak rumah auntie dia. Kakak sialah tu, tulung buat kuih raya. Nasib kakak yang satu lagi jauh sikit di daerah lain. Kalau tidak, terpaksa lagi tambah jadual rondaan.

Yang bini sia pun sama juga. Kasiukan ikut buat kuih suda tu.

Sia suspek dorang dua ni sudah jadi tukang test kuih raya, pasal kaka sia posa. Cyntia dengan mummy dia dua orang internasional manada posa punya, bukan orang Islam [alamak termasuk dengan sia sekalilah tu].

Tadi balik kerja sia pigi sana rumah kaka.

Mana tahan sia lugai-lugai saturang sini rumah. Talabih suda siuk dorang buat kuih tu, sampai apa pun teda kana masak dirumah.

Ngam juga tu, pok makan free ikut dorang sungkai sana.

"Kak, apa macam ini taun raya kita bikin logop-logop sikit kita punya tetamu" sia sambur seja.

Tia lama sia punya pinggang macam kana cubit bini. "Teda adat, hormat sikit bah, abang aji kan ustaz di sini", bilangnya.

"Adeh, ko picaya dia ni? Mulut macam pantat ayam teda filter bah", bilang kaka sia.

Abang ipar sia sengeh seja. Memang pun sia main-main seja bah. Saya bukan buduh juga, sikit tubal ada la.

Lagi tiap taun kami anak beranak pun macam beraya juga la. Tiap taun juga cyntia dengan mummy dia tempah baju kurung. Adui, orang perempuan mana-mana saja besar belanja, nasib segala langsir diorang tia ikut tukar. Nanti Xmas belanja lagi beli baju juga.

Tia pa la, kasi utang dulu kaka dengan abang aji tu. Nanti bulan 12 dorang juga yang sibuk memasak dan bawa makanan untuk tetamu yang datang ke rumah kami ni.

Mudah-mudahan keturunan kami pun tidak memerlukan akta perhubungan kaum nanti.

Bah, Slamat Hari Besar (Raya) kio , 0 0 ... lapas raya sia kutuk lagi.


Comments


Pangait |2008-09-28 07:45:38
Slamat Hari Raya juga sama ko sama kluarga


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Orang Kedayan MISKIN

Wednesday, September 17, 2008
Author kaawai Category

Written by Kadayan FEED


Orang Kedayan dan orang-orang bumiputera lain di Sabah dan di Sarawak miskin. Kemiskinan ini membayangkan ketidak seimbangan pembangunan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ia juga menghalang hubungan baik di antara kerajaan persekutuan dan negeri. Sungguh hairan kerana perkara ini disiarkan oleh surat khabar ternama di negara ini`No Straight Times.

(NST) Sabah seems to have lagged and worsened relatively after 34 years: in 1970 the ratio of its per capita GDP to the Malaysia average was 1.19, but this fell to 0.59 in 2004, while Sarawak held on to its pace of growth: the comparative statistics were 0.89 and 0.88.

The incidence of poverty in Sabah in 2004 was 23 per cent, which was more than four times the national figure (5.7 per cent) and the highest in Malaysia, compared with 7.5 per cent in Sarawak.

Poverty among the Orang Sungei, Rungus, Bisaya, and Suluk communities in Sabah and among the Bidayuh, Kenyah, Kayan, Kedayan, Penan and Lun Bawang in Sarawak were much higher. With such a high level of poverty, inequality in income for a state that is relatively rich in resources probably is much higher in Sabah.

For Sabah, the developmental slippage must be a cause for concern and a continuation along the same developmental path will surely fuel further discontent.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Kadayan Universe is inaccessible at the moment!

Friday, September 12, 2008
Author kaawai Category ,

Dear readers,

You are now browsing KadayanUniverse.Com mirror as Kadayanuniverse.com is completely inaccessible at the moment. The problem occurred since 11.45 pm last night, 11 Sept 2008.

While the real reasons have yet to be ascertain, the problems may due to hosting and traffics limit.

Our technical guy is currently working to solve the problem, thank you for your patience.

Please accept our apology for this, we will back soon.

At the meantime, there are several article from us, for your [limited] browsing pleasure.

Thank you.

Kadayan Universe Management team.

Kaawai Tanah
Giin Buagas
Ucie Sumbibih


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Syed Nadzri (nst), whats so great about English?

Tuesday, September 2, 2008
Author kaawai Category

Written by balingkasa


Pak Lah speaks a good English, Najib speaks a good English, Khairy speaks a good English; but for many Malaysians, they look stupid too...



Scary poster in Japan
- lost in translation perhaps?

Dear Nadzri, I would like to make some corrections on your statement.

Those staffs of University Tun Hussein Onn dumb appearance weren't due to their weak command in English, but rather because they are a bunch of amateurs. First, they are already stupid and second, the weak English issue came in.

SYED NADZRI (nst): Boo-boo that must haunt us all THE English language was mutilated and murdered in one clumsy cock-up two Saturdays ago. And the worst part was, the whole boo-boo got published most awkwardly in this newspaper.

I think I would faint were I to repeat that whole passage of roughly 600 words. But for those who missed it, let me give you an idea of the madness that has crept into our education system by quoting verbatim this one line: "Yang Amat Mulia also is a linguist follow several courses including language Mandarin at the tertiary level, French and Italy language."

Revised text version, 02 Sept 2008.

Mind you, this is, believe it or not, the least offensive line, one of the less contemptible ones, and is picked as mere illustration and not meant in any way to further demean Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah, the consort of the Tengku Mahkota of Johor, to whom the write-up was dedicated.

Nadzri further wrote that...

But we have reason to be worried by the bigger picture brought by this question: has the standard of English sunk to a new low here and is this reflective of all our universities?



Just in case you didn't notice, let me prove my prior statement to you. With or without English, they're in the state of stupidity for ages due to:

i) Their inability to recognize that their English knowledge is terrible. That is why they dare to publish advertorial in honor of Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah, the consort of the Tengku Mahkota of Johor, to whom the write-up in broken English was dedicated.

ii) Their failure to notice the difference between unofficial, official, and highly official functions. For if they do, they certainly had asked around to find somebody with good English command, including you Syed Nadzri, to come up with a better write-up supposedly for the said advertorial.

iii) Not only that they are dumb, they proudly think that idiocy is God-given, and being idiot is special. They think whatever they write on will turn to be a perfect writeup, without any needs for repeat-reading it, or any other kind of improvement whatsoever.

iv) They failed to realized that in the writing world, there is a concept of editing. And for this, there are editors that work to beautify the writeup up to the level of Shakespearian or Victorian English.

Those are the real reasons why they committed the mistake. And here, English had made themselves look dumber.

But to the reality that English is dying in Malaysia, so what Nadzri?

What is so great about English anyway. I had lived for nearly 5 decades now and frankly, for myself, English is nothing.

The role of English in my daily life is very minimal. 99.9% of conversations that deemed necessary to carry on with my life are suffice to be conducted in Bahasa, I would say.

I work in Bahasa workplace surrounding since I was graduated. 99% of my clientele are Malaysians. For those English speaking Malaysians, I invented a good trick [worked for me] to make them nervous upon having conversation with me all the time; I force them to talk in Bahasa, and I call this even.

For nearly 5 decades, I spent 99.9% of my lifetime in Malaysia.

Call me 'katak di bawah tempurung', thats fine with me. But I also have reasons to believe that 20 out of 27 million of Malaysians are in the same situation with me, whether they are Bumi or non-bumi. We don't really need English in daily life!



Please tell me down to the level that I can rationalize it, what competitiveness that you are talking about?

English is the national language of India until today, just to show how Indians place a great emphasis on it. But kindly show me how competitive India is, in the real sense of business world with good English command on their hand.

Japan and China are the most competitive economies in the world, at present. And Nadzri, their Inggiris, or, their Ingglish is less than terrible.

English may boast your confidence to some extend. It makes you feel good about yourself probably. Some need it to reach greater audience according to what they got into in life. Other use it to read English books, but just really a small portion in our society – call them frontliners – need it in order to become competitive.

Any reason at all to justify English perpetual existence in Malaysia, and its up to us to made it up.

But in reality it does NOT make you smarter.

Pak Lah speaks a good English, Najib speaks a good English, Khairy speaks a good English; but for many Malaysians, they look stupid too.

So in this sense, did their stupidity had anything to do with English?

Comments


M Not Anti Inglis either - M Not Anti Inglis either |2008-09-05 09:11:35
10001% agree with you.

Those Inglis speaking Malaysians, they think when Inglis quality deteriorates, the world going to end immediately, but it isn't.

Its all in our mind, it just a perception.

They said Inglis is important for us to assist tourists, to creates condusive surrounding for tourism

But fine, IF they want to improve, improve la ... apa nak kepoh?

But let touch the ground and live in the reality once and a while. I am 37 years now. AND NEVER in my life, any tourists at all approached me, seeking / asking for directions; call me lucky then...

So, so,... my inglis is idle for long.

I don't need inglis to watch tv in malaysia...

I don't need inglis to watch dvd in malaysia

dia ada subtitle baaiik punya

Inglis : "honey, I'm home"
Malay subtitle : "madu, saya rumah"



Slamat berpuasa to all visitors of the Great Kadayan Universe!!!!

Inggeris malaya - Inggeris malaya |2008-09-07 18:59:10
Di malaysia, orang-orang yang fasih berbahasa Inggeris faham benar bahawa mutu Bahasa Inggeris (BI) semakin merosot hari demi hari.

Tetapi Untuk adil, baik kita lihat dari sudut kepentingan mereka sendiri, selain dari mendengar mereka membebel mengenai kepentingan dan sumbangan sebenar BI terhadap kemajuan negara.

Jumlah golongan Mat Saleh malaysia ini semakin mengecil. Bagi syarikat akhbar seperti nst, ini adalah perkara yang menakutkan, semakin kurang yang membeli akhbar mereka.

golongan mat saleh malaysia yang lain pula semakin sukar berbicara dalam BI secara proper, kerana orang malaysia semakin tidak memahami mereka. Apa gunanya kemahiran tinggi jika tiada sesiapa yang mendengar. Wiss wossh wiss wossh, tapi orang tak peduli. Ini berkenaan dengan erosion of their comfort zone.

Jika kita telanjangi betul-betul, satu-satunya kemahiran yang mereka boleh jaja ialah BI. Tanpa BI mereka hanyalah orang-orang tua yang tiada gigi.

Setiap hari yang kita alami ialah orang malaysia yang 99% tahu bertutur bahasa melayu tetapi memilih untuk berbahasa inggeris sesama mereka; orang melayu sama melayu, orang melayu sama cina, oranc cina sama india, india dengam melayu.

Sebabnya mereka memilih untuk ber BI dengan lintang pukang dari bertutur bahasa melayu yang mereka lebih kuasai.

Be practical, all these are nonsense.

Ohh, that Syed Nadzri ... - Dia pun bukan bagus sangat gak, poodah |2008-09-08 12:53:39
Baca Komen kat blog Din Merican pasal Syed Nadzri ni,

by Dr. M. Bakri Musa
Morgan-Hill, California
September 9, 2008

The New Straits Times where its Editor-in-Chief Syed Nadzri boldly predicted that Anwar would be defeated. Obviously Syed Nadzri was beginning to believe his own spin.

In coming to such a wildly off-the-mark conclusion, Syed Nadzri is either a lousy observer of the public mood or he is more concerned with sucking up to his political superiors. In either case, he does not deserve to be the custodian of such a valuable and essential institution of modern society.

To me Syed Nadzri is both. That he is a poor judge of the public mood can be seen by the ever declining circulation and influence of his paper. Syed Nadzri is only the latest in a long series of those who, through their lack of professional integrity and journalistic skills, have destroyed this once-valued brand name. As one naughty wag put it, that paper should now be more correctly called, The New S**t Times.

dinmerican.wordpress.com/2008/09/08/mainstream-media-lost-public-trust/

kapiaq - kapiaq |2008-09-08 14:33:52
Be a bit practical about english in our country.

For example, let us choose the most popular career in Malaysia; be a politician and the answer this questionnaire
[nevermind lah I answer myself]

1.Can someone who don't speak English survive in Malaysian politics? YES

2.Can someone who don't speak Bahasa survive in Malaysian politics? Probably yes, probably not

3.Can a politician relies English speaking citizens as supporters?
No, they will badmouth you in their blog coz they think they're smart.
They will swear in SDs if they no longer like you.
They will migrate overseas if no one speaks english in malaysia anymore

4.Can a politician just rely on English speaking supporter to win in any elections? No, they are just a minority

5.Any example of good English-speaking politicians in Malaysia?

Lim Kit Siang – his english accent is superb and he is the english teacher in Malaysia's politic
Karpal Singh – his pronounciation of 'today' is the best! So powerful that you can experience momentary enlightment once you heard it.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Selamat menjalani ibadah puasa 2008

Author kaawai Category

Written by KaaWai ^TaNaH^

Kadayanuniverse.com mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa kepada semua pengunjung muslim dari seluruh dunia.

Sedikit takzirah puasa

Seperti yang kita semua ketahui, puasa adalah salah satu dari 5 rukun Islam yang diwajibkan Allah SWT kepada umat Islam.

Ia termaktub sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran:

يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ أَيَّامًا مَعْدُوْدَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيْضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِيْنَ يُطِيْقُوْنَهُ فِدْيَةُ طَعَامٌ مِسْكِيْنٌ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تـَصُوْمُوْا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ َتــعْلَمُوْنَ شَهْرُ مَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتِ مِنَ الْهُدَى وَ الْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمْ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كاَنَ مَرِيْضًا أَوْ علَىَ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَياَّمٍ أُخَرَ يُرِيْدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتــكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوْا اللهَ علَىَ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) : memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan bulan yang di dalamnya diturunkan Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan sebagai sempadan (antara yang haq dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu yang berada (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. (Al Baqarah : 183 – 185)

Terdapat banyak hadis yang menerangkan fadhilat dan keutamaan berpuasa di bulan Ramadhan samaada untuk manafaat di dunia ini dan terutamanya untuk manafaat di akhirat. Keistimewaan utama di dalam bulan ini ialah pintu pintu langit dan syurga di buka sebagai rahmat kepada orang-orang beriman mengerjakan ibadah.

Pendek kata, Ramadhan merupakan bulan istimewa kepada umat Muhammad SAW. Sabda baginda yang bermaksud "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." Di dalam bulan ini, setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda sementara setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala seolah-olah amalan fardhu.

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi yang berpuasa. Bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka.

Di dalam hadis lain pula baginda bersabda, "Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan".

Berikut merupakan fadhilat dan kelebihan yang dimaksudkan:-

i) Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga

ii) Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT

iii) Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak

iv) Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt

v) Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga

vi) Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang. Sumber penuh

Kerjakanlah ibadah sebanyak-banyaknya di dalam bulan ini untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Ini termasuklah menjalani ibadah:-

i) Mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

ii) Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

iii) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

iv) Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

v) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya. Sumber


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA [Kadayan Universe Forum]

Monday, September 1, 2008
Author kaawai Category ,

FireBoard Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

askasah (User)


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 1 Year, 9/1/08
Ramadhan datang lagi. Kepada semua ahli dan pengunjung Kadayan Universe, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.Semoga Allah SWT menerima puasa dan amalan-amalan lain yang kita tunaikan serta amal kebajikan yang kita lakukan di bulan Al-Mubarak ini. Amin.

Ikhlas dari,
abd samat bin kasah
itsurday.blogspot
darahkedayan.blogspot


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Angpaw raya untuk kadayanuniverse.com [Kadayan Universe Forum]

Author kaawai Category ,

FireBoard Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

Kula

angpau raya untuk kadayanuniverse.com 9/11/8

Ani cadanganku untuk tuan2 para pembaca kadayanuniuerse.com tautama oang kadayan Borneo.

Luan awal jua mangkali mun kadayanuniverse.com kan jadi macam malaysiakini.com di mana pembaca mesti berlanggan bahautah dapat mbaca kandungan baita puas2.

Tapi tahuku ngurus web ani melibatkan masa yang banyak. Macam usin pun ada yang ta tuut jua pandangaanku, ai atu contohnya rauter apakah damanya binasa...

Jadi sampana meyambut hari baik bulan baik ani, apa kata kita hulurkan angpau dua tiga inggit aah kadayanuniverse.com?

Inda jua salah kan, lagipun pitrah di sabah ani sawang pun sudah rm7.70.

Apa gaya basia di kadayanuniverse kan makai usin tu ska hati basia tah. Atu kan tanda penghargaan aah liau kaawai sama anak giin yang ugah atu, sama liau ucie yang inda pambunyi.

Yang aku, paasaanku daii 4 ka 5 bulan ani kan bilang haii mahadap kadayanuniverse.com.

Siuk asanya ada kan dituju bilangkali mbuka internet.

Kala2 bakiah2 paut ku tatawa saoang2; kala2 mbaii takut mbaca tulisan yang inda bapantan2, antam tia sajalah.

Macam ani lah, aku tia yang nataki .............................

Liau kaawai, apa gayanya mun kan nauh angpau dua tiga inggit kan kadayanuniverse.com?

Tolong reply capat aah, mun batah usin angpau ani manis eeh mangkali abis tia ku balikan badil


giinbuagas
Re:angpau raya untuk kadayanuniverse.com 1 Year, 5 Months ago Karma: 0
kula wrote:

QUOTE:

Liau kaawai, apa gayanya mun kan nauh angpau dua tiga inggit kan kadayanuniverse.com?

Tolong reply capat aah, mun batah usin angpau ani manis eeh mangkali abis tia ku balikan badil



Banyak-banyak taimakasih kerana sudi mbaii angpau. minta inda jua minta, mun kana antati inda jua nolak.

Untuk liau kula dan siapa-siapa yang kan ndarma, padah akan saja hajat kamu atu melalui email aah kaawai AT kadayanuniverse.com. Nanti liau kaawai bapadah akaun maybank2u jalan masukkan usin


Selamat beramal jariah


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

2009 budget a distress signal

Author kaawai Category

Written by Arimi Sidek

It is an attempt to correct government's silly mistake.

Malaysiakini.com quoted Anwar as saying that the budget had no incentive for FDI. Pak Lah insisted that 2009 budget is not for the sake of popularity.

Image

I agree with Pak Lah 100%. There is no way BN government, under strugling Pak Lah's administration, is getting more popular simply because of the generous budget that was tabled yesterday.

This is NOT populist budget at all. This is a CORRECTIVE BUDGET.

Video [YouTUBE] added, 31 Aug 2008.

Now Government realises that it was horribly wrong to increase fuel price hastily.

It was terribly wrong to abandon several billions of fuel subsidies for the sake of "saving". The trade off is unbelievably high; the fuel hike triggered the record breaking inflation that we currently have. The policy on fuel had broken up General Price Index (GPI) natural momentum. As the result, the economy stucks in one-way traffic ever since, GPI soars up. It left us, Malaysians, with the same amount of Ringgit poorer than before.

As I said before, BN government and Malaysian economists, they hate subsidies. They expose Malaysia's economy to viotility of fuel price market because according to them, Malaysia will be far better off without subsidies. They rather willing to have a record breaking inflation than to retain subsidies.

Therefore, Pak Lah and those moron economists introduce many unnecessary corrective actions due to the mistake they had committed; right in this budget. Read full article


Read full article ... /Baca artikel penuh ...