Dilema Gasing! Mangais dan impas. Eh betulkah impas? Kayu yang warnanya putih kuning atu bah… kayu yang paling biasa dibuat menjadi gasing tu. Tapi agaknya memang itulah kayunya. Kedua jenis kayu ini merupakan bahan utama membuat gasing. Mangais (mengaris) pula berwarna maroon dan sungguh elegan jika dikilatkan, kami malah mengilapkannya dengan pengilap kasut (kiwi) untuk menambahkan serinya.
Tetapi tiada saiz yang standard untuk gasing kami. Saiznya tidak tentu, tapi yang agak-agak standard ialah garispusatnya lebih kurang sejengkal. Namun ini sebenarnya mendatangkan masalah juga. Sejengkal oang anggau tidak sama dengan jengkal orang buntak. Hasilnya permainan gasing kami datang dengan gasing yang saiznya berbagai-bagai. Ada yang besar, ada pula yang kecil. Dalam hal ini kegembiraan lebih penting dari saiz gasing. Tetapi selalunya pemilik gasing bersaiz besarlah yang lebih gembira berbanding dengan pemain yang gasingnya bersaiz kecil. Tali gasing diperbuat dari sejenis kulit kayu yang dinamakan “timbaan” (dusun - timbaron; selain tali mereka menjadikannya ‘vest’ dan topi). Dalam kebanyakan masa, permainan gasing (dipanggil ‘bagasing’ ber + gasing) dimainkan di halaman rumah bersama kawan-kawan dan sepupu. Saya kebetulannya seorang yang kidal, jadi tali gasing saya ada sedikit istimewa. Orang lain tidak akan meminjamnya kerana lilitan / gulungan tali berkenaan dibuat secara terbalik berbanding dengan tali orang lain. Tetapi tidaklah istimewa sangat kerana saya pun sebenarnya tidak boleh menggunakan tali mereka. Lagipun setakat tali gasing yang istimewa takkan ke mana. “Biluluknya pun inda ada (sedikit pun tidak berbakat – putiknya pun tiada)” kutuk bapa semasa melihat saya bermain. Betullah agaknya tu. Menurut cerita bapa merupakan pemain gasing terkemuka semasa mudanya. Comments
Joe Gasis - Gasing dan Permainan Gasing |2008-10-20 10:17:31 Saya amat tertarik dengan tulisan mengenai gasing ini. Saya berasal dari Pendalaman Keningau dan tulisan ini mengingatkan saya ke zaman kanak-kanak saya dulu di Keningau.
Keseronokan main gasing ini memang unik, kerana seperti ysang di ceritakan dalam tulisan ini, peralatan mainan semua dibuat sendiri, custom made! Saiz bergantung kepada sais jari pemain, kalau sais genggaman besar boleh lah main gasing ysng sais besar, dan sebaliknya. Tali gasing juga unik, tradisionalnya dibuat dari kulit kayu, namanya saya tak ingat tapi macam sama dengan yang disebut dalam tulisan ini. Kalau ketiadaan kulit kayu kami guna kain sarung batik mak yang sudah lusuh di koyakan dan dipintal menjadi tali yang kukuh. Saya masa itu tak pandai pintal tali lagi, jadi harap kepada bang-abang yang sudah besar dan pahanya berbulu, yang ternyata tidak baik untuk memintal tali diatas kulit paha yang berbulu!
Kami main gasing ada caranya; saringan awal main tarik tali dulu -dua orang dengan gaing yang siap akan di tarik bertentangan dengan tali gasing di silang kemudian di tarik sekuatnya, gasing akan terlepas dan akan berputar diatas permukaan gelanggang. Gasing yang berhenti berputar dulu akan dikira kalah dan sterusngnya dengan pasangan pemain-pemain yang lain. Akhirnya ada dua team, kalah dan yang menang. Seterusnya main Pangkah. Saya kurang ingat detail mainan ini, tapi disini lah pemilihan Raja ( maksudnya jaguh) Raja Muda - jaguh nombor dua dan yang terakhir - Kuncit! Si Kuncit ini asik kena belasah saja senhingga kalu ada diantara pembelasah itu miss, dia akan naik satu tingkat. Kalau draw, kena tarik tali untuk tentukan pemenang.
Begitulah seterusnys, kami main dari pagi hingga petang masa hujung minggu. Bapa saya kadang-kadang marahkan kami, kerana katanya 'tengok badan kau suda kurus asyik menbanting gasing saja!".
Gasing kami ada taji- paku yang dilantak di muncung bawah, ada juga dipasang di tepi ( bahaya kepada pemain sendiri -tidak di galakkan). ada juga taji dikepala, ini penting untuk lukakan lawan!
Nah begitulah asyiknya kami main gasing, memang seronok. Sekarang saya sudah seumur negara Malaysia, saya tidak nampak kanak-kanak main gasing. Kalau mau dibanding-banding main gasing ini macam hebatnya perlumbaan Formula One, kita bebas mencari cara mengalahkan lawan. Pasang taji, guna tali yang kuat (tali bekas karung beras cina yang lebih tahan), macam-macsam bole buat!!
Kalau ada konvnesyen gasing ini saya memang join untuk menghidupkan kembali keseronokan permainan tradisional gasing ala Sabah. Terima kasih kerana sudi membaca komen ini dan kepada tuan yang menulis cerita pasal gasing ini.
Kadayan Journal |2008-10-20 10:51:54 Saya setuju atas cadangan-kalau boleh di panggil Konvensyen Gasing Borneo. Ketara perbidaannya degan Gasing National Malaysia! Sabah tidak mempunyi Persatuan Gasing yang boleh melibat kan ramai pengemar. Yang ada ialah Persatuan Gasing Sipitng yang bermasaalah, dan mengakui wakil Sabah.
Semasa kecil saya permainan gasing ada golf sekarang(tidak main golf lagi la)- yang secara kebetulan arwah bapa saya pembuat dan ketua kumpulan pemain gasing di kg saya.
Gasing yang kita nampak sekarang banyak terpengaruh dengan gasing dari semanjung. Tidak ada salahnya!
Saya melihat gasing yang saya guna dizaman saya contohnya seolah-olah taylor made. Dalam kumpulan kanak2 ketika itu saya akan jadi boss gasing-uniknya bapa saya tidak pernah buat gasing untuk saya. Gasing yang saya guna biasaya dibuat oleh Beliau Pandin-sekarang berada di Labuan raja gasing ketika itu di Sipitang atau saudara Ghani juga pemain yang hebat-mereka ini mentor saya. Yang hebat2 lain tu berumur tua draipada mereka, jadi saya merupakan layer ke tiga yang muda.
Kalau ramai yang berminat ada baiknya duduk cerita2 dan hasil sesuatu. Mungkin Site ini boleh jadi penghubung.
|
No comments:
Post a Comment