Written by Kalajiau Ingaa | |
Gasing adalah permainan mistik
Sebenarnya gasing tradisi kadayan mempunyai wajah lain, selain dari yang selalu anda dengari. Permainan ini adalah sinonim dengan mistik. Saya sendiri tidak pernah melihat bapa main gasing.
Kemaskini [teks] 03 Nov 2008
Tetapi menurut cerita ibu, bapa merupakan “die hard” gasing suatu ketika dulu. Hari-hari bergasing. Agaknya gasing sangatlah mengasyikkan, seperti asyiknya kita dengan internet sekarang ini. Setiap kali sebelum berlawan pada keesokan harinya gasing-gasing beliau akan melalui upacara khas. Gasing-gasing akan dimandikan, ditangas dan disimpan di dalam bayung [bakul mengkuang] khas di suatu sunduk [sudut] rumah. Ibu sering dipesan jangan diendahkan jika ada apa-apa bunyi ganjil yang datang dari bayung berkenaan pada malam hari. Masalahnya Ibu saya adalah dari jenis “awu awu babawu” [ya memanjang tapi tak pula semestinya patuh]. "Ya", bilang ibu seperti biasa. Tetapi rasa ingin tahu nampaknya lebih tinggi berbanding dengan arahan yang perlu dipatuhi. Suatu malam, ibu terbangun dan mendengar bunyi kuisik-kuisik datang dari bayung berkenaan. Lalu antara takut takut berani dengan lampung minyak gas ibu menyuluhinya. Percaya atau tidak, ibu menjadi terkejut beruk apabila mendapati gasing di dalam bayung madam [berpusing] dengan sendirinya. Peristiwa ini berlaku di pertengahan tahun 1950an. Begitulah tinggi minatnya bapa bergasing sehingga nini laki (atuk) naik bengang melihatnya. Beliau lalu memberi tips cepu emas kepada ibu. “Tatak tali gasingnya, tauh gasing dalam pinggan bai batalam hidangkan aah lakimu atu” [Tetak tali gasingnya, simpan gasing dalam pinggan dan hidangkan pada suamimu]. Entah ibu benar-benar mengikutinya atau tidak, lupa pula saya nak tanya. Nantilah saya tanyakan! |
Saturday, October 25, 2008
Wajah Lampau Gasing Kadayan 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment