Written by codec cadaianicus | |
Bangsamu kah yang Lebih Bertamadun, atau bangsaku?Sejak sekian lama kajian sejarah dunia zaman purba dilakukan secara menumpu kepada kesan-kesan peninggalan kerajaan tua. Wujud atau tidaknya tamadun diukur berdasarkan beberapa perkara. Pertamanya ialah bukti-bukti mengenai kewujudan kerajaan lama adalah kewujudan tinggalan senibina mereka. Ini adalah merangkumi tinggalan puing-puing dan proses penggalian (excavation) kawasan bersejarah.
Kedua bukti-bukti berkenaan terdapat di dalam catatan-catatan lama (codecs). Ini menyangkut catatan yang dibuat diatas kertas, batu-batan, kayu, serpihan bangunan dan kubur-kubur purba. Catatan ini mungkin di dalam bentuk yang serius seperti batu bersurat, atau juga dicatat oleh pelawat dari negara lain dan setidak-tidaknya wujud catatan di dalam bentuk mitos dan hikayat separa-mitos. R.O Winsteadt dan banyak ahli sejarah misalnya banyak membuat kajian mengenai kerajaan melayu Melaka dari hikayat Melayu dan hikayat Hang Tuah. Bukti catatan adalah berkait rapat dengan bukti tamadun yang ketiga iaitu system tulisan. Kewujudan tamadun biasanya menimbulkan sistem tulisan tersendiri. Ia melambangkan identiti tamadun mereka dan perkembangan budaya mereka. Bukti keempat ialah pencapaian mereka di dalam bidang sains dan teknologi serta pencapaian mereka yang unggul di dalam kekuasaan, pemerintahan dan penaklukan. Yang terakhir, lagenda mereka diperkatakan oleh orang lain di tempat dan di negara lain sehingga zaman berzaman. Contohnya kekejaman tentera Monggol semasa mereka melanggar daerah Samarkand dan Bukhara masih menjadi buah mulut sehingga sekarang. Begitu juga dengan cerita mengenai kekejaman Jepun semasa menakluki Borneo Utara. Cerita mengenai kebengisan dan kejahatan mereka menjadi satu lagenda yang masih diceritakan sehingga kehari ini. Tamadun diukur dari tinggalan senibina, catatan bersurat, tulisan, pencapaian dan lagenda mengenai kewujudan tamadun dari zaman berzaman. Kembali mengenai soal tamadun awal, kita diajar bahawa tamadun dunia yang tertua dikesan bermula diantara 3,000-5,000 tahun yang lalu. Kerajaan tua yang sering dibanggakan ialah tamadun di lembah Indus [India], empayar Babylon-Sumeria [Di lembah Nil – Mesir], Rom [juga disebut sebagai empayar Yunani, Greek termasuklah kota marin orang-orang Pheonician] dan Byzantine [empayar Farsi lama]. Empayar Yunani dan bahasa Latin dianggap sebagai asas bagi tamadun moden. Malah setiap benda di dunia ini pada masa sekarang belum dianggap dijumpai dari segi saintifik sebelum namanya dilatinkan. Kononnya semua harus dilatinkan untuk tujuan piawaian, hatta nama basing, balingkaung, anggak dan kalambuai sekalipun. Seterusnya conventional wisdom di zaman moden ini ialah, apa-apa perkara yang berkaitan dengan kemodenan, kecanggihan, kepintaran dan teknologi adalah terutamanya berasal dari England dan Amerika. White Supremacy sehingga sekarang ini masih menghantui kita, samaada kita sedar atau tidak, suka atau tidak. Apatah lagi perkara ini memang digalakkan oleh mereka semasa berkembang dengan polisi imperialisme dahulu1. Conventional wisdom di dalam bentuk ini adalah lebih merbahaya. Setelah sekian lama ia menjadi satu bentuk kepercayaan yang berakar umbi di dalam minda prasedar (subconscious mind) kita. Kepercayaan ini ditanam jauh didalam fikiran kerana pengaruh persekitaran, pendidikan dan pengalaman seharian.Hasilnya setelah lebih empat dekad merdeka kita masih bersatu di dalam conventional wisdom yang menyangkut status orang-orang yang berwajah Caucasusia2. Mereka dianggap sebagai lebih bijak, kacak, cantik dan bernilai komersil3. Conventional wisdom pandangan terhadap barat menimbulkan keadaan conventional idiocy dikalangan masyarakat Malaysia. Contohnya pelbagai teori dikemukakan mengenai kelemahan anak bumiputera menguasai matapelajaran sains dan matematik4. Antaranya ialah kerana sukukata bahasa melayu yang panjang5 menyebabkan murid-murid menghadapi masalah untuk mengingatinya. Selain itu mereka akan menjadi keliru dengan istilah-istilah yang berbeza apabila membaca perkara yang sama di dalam bahasa yang berbeza. Ada pula yang mengusulkan supaya kita bertukar kepada gandum sebagai makanan ruji. Ini supaya saiz fizikal kita menjadi lebih besar dan kita menjadi lebih bijak. Orang-orang ini menganggap saiz yang kecil adalah kerana kita menjadikan nasi sebagai makanan ruji. Conventional idiocy telah mengecilkan kita. Kemudian kita menjadi semakin kecil dan ruang legar hidup kita semakin sempit. Bukan hanya kerana saiz fizikal kita yang sememangnya kecil, minda kita pun semakin kecil, sempit dan rendah diri. Oleh kerana kita dengan rela memilih untuk hidup di dalam ruang yang sempit, kita menghadapi masalah conventional idiocy bukan sahaja dari luar negara, malah dari dalam negara sendiri. Orang Malaysia dari semenanjung Malaysia mungkin beranggapan mereka lebih bertamadun dari orang Borneo, dan orang Borneo beranggapan orang semenanjung lebih 'besar', dan 'canggih' berbanding dengan diri mereka sendiri. Seorang kenalan berkata begini, "saye dan tinggal kat Sabah ni dekat due puluh lime taun dah, anak-anak sume dah besa panjang, oghang ghumah daghi sipitang” Mungkin beliau sekali sekala perlu diingatkan mengenai peribahasa yang mengatakan “Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembik”. Benarkah orang putih lebih segala-galanya berbanding dengan kita?Tidak. Orang Viking yang mereka banggakan sebagai leluhur anglo-saxon sebenarnya adalah kacukan antara bangsa Asia dan Eropah. Sepanyol pernah dijajah oleh orang Arab selama 700 tahun. Orang Monggol menjarah sebahagian besar Russia dan Eropah lebih kurang 800 tahun yang lepas. Apa yang lebih penting, sebahagian besar batu asas tamadun moden sekarang diasaskan oleh orang Arab yang pada zaman ini dilabel sebagai orang gasar, ganas dan tidak bertamadun. Tamadun Indo-Aryan, Latin dan anglo-saxon (semuanya merupakan kelompok Caucasusian) amat popular dibincangkan sebagai sejarah gemilang peradaban manusia. Tetapi sebenarnya tamadun dunia bukan hanya berkisar di kawasan ini. Tamadun terdapat dengan banyaknya di kawasan ‘dunia baru’ Amerika Latin. Tamadun Atzec, Inca dan Maya bertahan begitu lama sehingga dimusnahkan oleh orang-orang Sepanyol yang datang menjajah. Begitu juga dengan tamadun China. Ia telah bermula sejak 5,000 tahun lepas dan masih bertahan sehingga kini, menjadikannya sebagai tamadun tua yang masih bertahan sehingga kini. Kesilapan China ialah mereka tidak mempunyai cita-cita imperialisme yang tinggi, malah memilih untuk memencilkan diri selama lebih kurang 300 tahun sebelum dikeroyok oleh orang-orang putih yang tamaha. Borneo adalah asal-usul sebenar bangsa melayu, bukan tempat lainBukti-bukti tamadun Asia Tenggara [Nusantara, termasuk Borneo] dikesan disekitar 400 masihi6 dengan tinggalan kerajaan Kutai. Kerajaan ini diikuti oleh Kerajaan TarumaNegara7 pada tahun 450 masihi8 . Selepas ini kerajaan Indo-Melayu yang lain seperti LangkaSuka, Sri Vijaya dan Majapahit menyusul di merata-rata tempat di seluruh nusantara. Kerajaan Hindu Kutai adalah kerajaan yang tertua dikesan di Asia Tenggara setakat ini, dan ia bukan terletak di semenanjung tetapi di pulau Borneo. Untuk kita yang masih berpendapat bahawa perkembangan bahasa melayu adalah dari semenanjung Malaysia, sudah tiba masanya kita membetulkan kenyataan mereka. Bahasa melayu sebenarnya bermula dari pulau Borneo. Para ahli sejarah linguistik telah mengenalpasti bahawa “rumah asal (homeland)” penutur bahasa melayu [dan bahasa melayu] adalah suatu tempat di kuala tiga sungai selari di baratdaya Kalimantan [Bahagian pulau Borneo yang termasuk di dalam wilayah Indonesia]. Dipercayai bahawa diantara tahun 500 dan 200 sebelum masihi terdapat penghijrahan orang-orang melayu asal dari pulau Borneo ke bahagian tenggara Sumatra di Indonesia. Kaitan diantara mereka ini dan Melayu Semenanjung adalah satu perkembangan baru. Tradisi melayu, disahkan oleh sumber orang-orang China dan Portugis mencatatkan penhijrahan kumpulan-kumpulan melayu dari tenggara Sumatra ke semenanjung lebih kurang pada masa Melaka ditubuhkan di awal awal abag ke limabelas. Istilah Melayu ini [sebenarnya] merujuk kepada kumpulan penghijrah ini yang kemudian menjadi penguasa kepada komuniti nelayan dan golongan asli lain yang sedia ada di kawasan berkenaan9 . Jadi jika tulisan ini bersifat membanggakan orang Borneo dan khususnya orang Kadayan, ianya bukanlah sesuatu yang keterlaluan dan tidak diterima.
Bersambung ke siri 4. --------------------------------
Nota Kaki 1Polisi penaklukan terutamanya oleh Sepanyol dan Portugis ialah "To enlighten the world" dan kristianisasi. Polisi orang-orang Inggeris lebih bersifat diplomatik di dalam penjajahan mereka, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak menyokong sentimen white supremacy, enlightenment dan kristianisasi. 2Juga disebut sebagai orang putih. Bentuk fizikal dan wajah orang-orang yang menyerupai bangsa Indo-Aryan, Slavic dan Anglo-Saxon. 3Semua stesen penyiaran di Asia Tenggara menyukai wajah pan-asian, lebih bertammadun, bahasa mereka lebih canggih dan sesuai untuk sains dan teknologi. 4Sistem pendidikan Malaysia beralih kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara di dalam matapelajaran sains dan matematik sejak awal alaf ini. 5Jika diteliti, memanglah terdapat kecenderungan istilah bahasa melayu untuk menjadi lebih panjang berbanding dengan istilah asal. Ini kerana istilah bahasa melayu kita semuanya bertujuan untuk menggambarkan apa maksud perkataan asalnya di dalam bahasa Inggeris. Keadaan yang sama berlaku apabila orang-orang inggeris disuruh menggambarkan apa yang kita ada, contohnya "ngiu". 6arts.nie.edu.sg, 2006.Peradaban-peradaban Melayu Awal. NOTA EAD183: Kuliah 1. Accessed on 25 Jan 2006. http://www.arts.nie.edu.sg/mlc/nota_ead183.htm 7Ibid. 8Ini adalah bukti yang terawal menyatakan kerajaan berkenaan pernah wujud. Sudah semestinya kerajaan berkenaan telah bermula sebelum tarikh berkenaan – Pengarang. 9Andaya, Leonard Y., 2002. Keynote Address: Issues of Ethnicity and Identity in the Study of Asia. Leonard Y. Andaya, University of Hawaii. Accessed on 21 Jan 2002. http://www.asianetwork.org/exchange/winter99ane.html |
Tuesday, July 18, 2006
Atlantis Kadayan siri 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment