Wednesday, October 29, 2008

Musim Hujan 1: Hujan, Lembab dan Sejuk

Written by kalajiau ingaa
Tuesday, 28 October 2008

Ahh, kalau suasana nyaman begini biarlah hujan sepanjang hari!


Sekarang ini tidak syak lagi merupakan musim hujan. Di kawasan perumahan tempat saya berkampung tinggal, sepanjang hari ini hujan memanjang. Itu belum dikira hari kelmarin. Atau hari- hari yang sebelumnya. Dah berhari-hari sukar hendak melihat sinar matahari siang.

hujan

Cuaca mendung sentiasa. Persekitaran menjadi basah, lembab, lecah dan tanah tanih menjadi becak. Suhu sekeliling pula menurun dan udara menjadi sejuk segar. Dalam cuaca begini tidur menjadi semakin nyaman. Selimut menjadi terlalu berat dikuak untuk bangkit mengerjakan solat Subuh.

Krriiiiiinnnggggg!!!....


"Bangun bang, solat"; sang isteri mengingatkan.

"Aarghh, sekejap lagilah"


Iyalah, sekejap. Sedar-sedar sudah pun pukul 8.30 pagi. Nasib baiklah hari ini merupakan hari cuti umum [Hari Deepavali]. Jika tidak, sudahnya gerenti terpaksa bohong sunat meminta MC, dek kerana 'terponteng' ke pejabat.


Dari dahulu sampai sekarang musim hujan adalah sinonim dengan udara yang segar, sejuk dan nyaman.


Dahlah bangun lewat, masih juga kubut-kubut [ke sana ke mari] berkain pelekat sahaja dengan penuh senggang hingga ke petang. Seterusnya, makan, makan dan makan. Selera bertambah menjadi besar berganda-ganda di musim hujan.


Melangkaui lewat pagi pukul 11 dan kemudian mengundang awal petang pukul 3, tetap juga berkain pelekat.


Lagi pula hendak ke mana lagi dalam becak begini. Jadi kain pelekat menjadi pakaian rasmi sambil bersila di ruang tamu dengan sebatang rokok yang berasap di tangan. Hendak menyedapkan cerita, ada pula secawan kopi panas. Asap nipis yang berkepul-kepul seiring dengan aroma kopi arabica yang cukup asli. Belum cukup lagi; tidak lama kemudian sang isteri berlenggang membawa sepiring penuh ubi kayu rebus lengkap dengan segenggam gula digaul dengan kelapa parut.


Aah, kalau begini biarlah hujan terus sepanjang hari...


Tetapi di dunia oang daat, sebenarnya hujan juga merupakan masalah kepada mereka.


Seingat saya musim hujan mengganggu rutin dan memperlahankan aktiviti penduduk kampung. Hujan yang berterusan sehingga dua tiga hari cukup menyakitkan. Ini adalah suatu masalah besar. Sukar mencari kayu api; dahan kayu semuanya basah. Jangan berangan hendak menjemur padi, silap-silap nanti buah padi yang bercambah menjadi semaian. Yang kerjanya ke laut pula, ini merupakan musim cuti yang panjang. Senang saja nak tahu keadaan cuaca.

Jengah ke laman, ayam pun telah tidak lagi menghiraukan titis-titis hujan yang turun – mereka mencari makan di tengah hujan!


Monday, October 27, 2008

Bugang, Tu'ak dan Punggok

Written by Kalajiau Ingaa

“Taabang tu'ak taabang bugang, tinggal pungguk sa oang-oang”

Simpulan bahasa di atas merupakan paambahan oang-oang tuha kadayan. Ia menerangkan tentang perasaan pilu dan sayu apabila ditinggalkan keseorangan dan hidup bersendirian.
Bagi orang orang tua, ianya merujuk kepada keadaan pasangan laki-bini yang tinggal mengharungi hidup terasing dari anak-anak. Sebabnya, mungkin anak-anak mereka telah pun mempunyai kehidupan sendiri. Mereka telah berumahtangga dan memiliki tempat tinggal di tempat lain.

Kesunyian dan kepiluan yang lebih parah berlaku jika pasangan mereka, sama ada si suami atau si isteri, telah menyahut panggilan Ilahi terlebih dahulu.

"Lantung-lantung, duduk-duduk malihat dinding, limpang-limpang malihat hatap"

Nasib baik di zaman serba canggih ini ada kemudahan telefon, internet dan TV. Jika tidak entah apa yang hendak dibuat oleh mereka. Tapi bagi orang tua yang separa-buta huruf, hatta internet mungkin tidak begitu berguna kepada mereka.

Anak-anak pula bukan semestinya kejam, walaupun ramai juga di kalangan anak-anak yang tidak begitu ambil peduli akan kemaslahatan ibu bapa mereka selain dari menghulurkan wang dan berziarah menjengah si tua uzur sekali sekala. Tidak perasan dengan ketidak perihatinan mereka terhadap ibubapa dek kesibukan mengurus kehidupan sendiri yang serba mencabar, mungkin.

Lagi pula, mengurus perasan ibubapa juga bukan satu perkara yang mudah. Mahu dibawa tinggal bersama-sama, ibubapa mereka sendiri tidak mahu. Mereka selesa dan merasa bebas untuk hidup dan mati di rumah sendiri.

Masalahnya "membiarkan" ibu atau bapa atau keduanya bersendirian di kampung sebenarnya juga merupakan satu penyiksaan yang tersendiri. Sakit pening mereka terpaksa bergantung harap kepada jiran tetangga. Menyentuh tentang jiran tetangga, terpulanglah pula kepada jiran tetangga yang bagai mana. Jika mereka tergolong sebagai prihatin itu sudah cukup untuk menenangkan fikiran. Tetapi bagaimana jika jiran tetangga itu jenis yang tidak ambil pusing, “kau kau, aku aku?” Tambah pula lagi satu masalah. Lagipun manalah sama layanan jiran tetangga berbanding dengan anak sendiri.

Rumah orang tua-tua kan ada, kata seorang kawan. Buat apa nak sentimental, nanti kita sendiri kalau dah tua esok pun kenalah mempersiapkan fikiran untuk menghadapi kehidupan yang pilu di hujung usia. Menarik juga bunyinya, tetapi bagi orang Kadayan, perkara ini masih jauh dari kebiasaan yang diamalkan oleh masyarakat, bukan maksudnya tidak berani.


Lagi pula, teringat satu kisah di zaman dahulu. Seorang lelaki telah menghantar bapa beliau yang telah tua dan uzur ke sebuah gua untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya di sana. Si atuk yang tua dengan segala rintihan pilu memohon supaya lelaki itu – anaknya tidak menghantarnya ke gua berkenaan. Mohonlah, supaya dia dapat terus berteduh dan tumpang bahagia di rumah anaknya itu. Tetapi rintihan berkenaan tidak diendahkan, lalu didukunglah bapanya, sehingga ke gua berkenaan dan tiada lagi khabar berita mengenainya. Mati sudah tentu.

Masa berlalu dan giliran lelaki berkenaan pula yang menjadi tua. Lalu suatu hari, anaknya pula yang hendak mendukungnya ke gua untuk maksud yang sama. Lalu lelaki itu melakukan perkara yang sama, merayu, merintih dan memohon supaya dia tidak di hantar ke gua.

Kata anaknya, “sewaktu kecil dulu, saya tengok abah melakukan perkara yang sama kepada atuk, jadi saya hanya mencontohi apa yang pernah saya lihat sebelum ini”.

Mungkin berbunyi agak sentimental, tetapi itu belum lagi masuk kisah si Tanggang, Malim Kundang dan lain-lainnya. Kesimpulannya, semampu mungkin kita harus berusaha untuk mempastikan kebajikan dan perasaan ibu bapa terjaga, bukan setakat menghulurkan wang ringgit semata-mata demi mengelakkan orang tua menjadi “pungguk” yang bersendirian

 
Comments
   
   

Aliesofie - Re. Burung Tu'ak dan Bugang
   
|2008-10-28 20:01:43

Kalau nya kadayan di Brunei Darussalam burung Bugang anitah yang suka membawa khabar inda baik bila ia berbunyi siring rumah diwaktu malam. Kunonnya ada adatah orang kan Nuhon atau sakit kuat sebagai tanda tanda orang hampir siring rumah kan Nuhon. Kepercayaan ini masih dipercayai oleh orang tuha tuha kitani di Brunei Darussalam yang lahir sebelum tahun 70an.Tetapi generasi muda kitani inda ingau lagi pasal bunyian bunyian burung burung membawa khabar ani. Kerana agama kitani Islam sudah kuat berkembang. Begitu jua ceritanya dengan burung Tuit-tuit bila berbunyi dan lacus lacus terabang barang kepala. Apalagi bila masa menyiut Mengkutut/Bangkutut (udang air tawar) lakas lakastah mulih ketungkalan takut ada yang kan Nuhon dikampung. Bugang jua mun ia hinggap di Bubung rumah masyarakat kitani dahulu lakas lakas makan doa selamat tolak bala ditakuti mati serumah. Begitulah sedikit ceritanya ditempat kami di Negara Brunei Darussalam yang ada masih mempercayainya. .


Mohd - Burung Bugang
   
|2008-11-01 11:51:09

Salam, banar 2. Even sampai haie ani mun d kg Limbang pun masi g ada kepecayaan mcm a2. Mun kami d kg. sibuk tah tangah ngunjar badil n marcun kan d latupkan aaah burung bugang bebunyi. D Seria pun mun mama tedangar ada bunyi a2, ingau tah mama merista sapa g sakit d kampung. Apa pun a2 hanyalah kepercayaan orang daulu2.


ALIESOFIE - KATA BUGANG

|2008-11-03 21:54:31

Selain badil KATA BUGANG jua diamalkan oleh puak kedayan dahulu dengan membaca beberapa patah perkataan sahaja boleh membunuh burung Bugang dengan mematahkan bilah kayu dan hantak kaki kebumi lalu bugang itu pun mati jatuh. Mun sikarang ani ada kah inda lagi puak kitani mengamalkan ilmu kata Bugang ani. Siapa pandai atu ajar ajar eh!


jelan
   
|2008-12-10 14:31:43

Kata bugang atu ada pulang kakal yang pandai tu. aku ni uwang Limbang pulang tapi yang tahuku k.kg ada kg dBaunai atu tahu kata bugang atu nih. Mun besia setahuku alum ada nih.

Yang bunyi buung bugang atu,uwang tuha mulanya nganya yang pecaya tu eh..aie alum islam kuat banaa nih tu. Tahulah uwang tuha2 kadayang ani beiimu jamu.


Srumpun Kitani !!! - BUGANG dan TO'AK.....
   
|2008-11-25 00:12:43

BUGANG ni sama jua Rupanya dengan TO'AK tu. Cuma bulunya nganya yang ada lain sedikit. Mungkin BUGANG ni Laki pakah bah dan TO'AK ani Bini pakah jamu.Kalau Pengunjung Saudar2 dari Brunei melawat tah kmu jua di www.beritaborneo.blogsopt.com eh. Nulis tah kamu Artikal disana atu jua. Sumbang2 lah Berita dari Brunei....TQ


Aliesofie - KEDAYAN TAK HILANG DICYBER
   
|2008-11-28 01:37:44

Ada ku melawat nanti ke blog nyamu atu. Taima kasih ah membaitahu atu. Berpukong pukong (berpakat pakat) tah kitani dicyber menyatukan kaum kedayan semula di Merata Dunia. Salute to pengasas blog ani. Semoga tahun baru ani Kedayan Universe mempunyai caita caita kaum kedayan yang lebih banyak.


jelan
 
|2008-12-10 14:25:52

bisai jua ada laman web yang anak kadayan buat ani ah.. Dayi kadayan untuk kadayan.

Saturday, October 25, 2008

Wajah Lampau Gasing Kadayan 2

Written by Kalajiau Ingaa

Gasing adalah permainan mistik

Sebenarnya gasing tradisi kadayan mempunyai wajah lain, selain dari yang selalu anda dengari. Permainan ini adalah sinonim dengan mistik.

Saya sendiri tidak pernah melihat bapa main gasing.

Kemaskini [teks] 03 Nov 2008

Tetapi menurut cerita ibu, bapa merupakan “die hard” gasing suatu ketika dulu. Hari-hari bergasing. Agaknya gasing sangatlah mengasyikkan, seperti asyiknya kita dengan internet sekarang ini.

Setiap kali sebelum berlawan pada keesokan harinya gasing-gasing beliau akan melalui upacara khas. Gasing-gasing akan dimandikan, ditangas dan disimpan di dalam bayung [bakul mengkuang] khas di suatu sunduk [sudut] rumah. Ibu sering dipesan jangan diendahkan jika ada apa-apa bunyi ganjil yang datang dari bayung berkenaan pada malam hari. Masalahnya Ibu saya adalah dari jenis “awu awu babawu” [ya memanjang tapi tak pula semestinya patuh].

"Ya", bilang ibu seperti biasa. Tetapi rasa ingin tahu nampaknya lebih tinggi berbanding dengan arahan yang perlu dipatuhi. Suatu malam, ibu terbangun dan mendengar bunyi kuisik-kuisik datang dari bayung berkenaan. Lalu antara takut takut berani dengan lampung minyak gas ibu menyuluhinya.

Percaya atau tidak, ibu menjadi terkejut beruk apabila mendapati gasing di dalam bayung madam [berpusing] dengan sendirinya. Peristiwa ini berlaku di pertengahan tahun 1950an.

Begitulah tinggi minatnya bapa bergasing sehingga nini laki (atuk) naik bengang melihatnya. Beliau lalu memberi tips cepu emas kepada ibu. “Tatak tali gasingnya, tauh gasing dalam pinggan bai batalam hidangkan aah lakimu atu” [Tetak tali gasingnya, simpan gasing dalam pinggan dan hidangkan pada suamimu].

Entah ibu benar-benar mengikutinya atau tidak, lupa pula saya nak tanya.

Nantilah saya tanyakan!

Comments


Mohd - gasing |2008-11-01 11:22:29
Salam, baru ku tau 2 mun gasing ada jua betangas. Mulah nini biani membuat gasing jua tapi nda pernah ku tedangar smpai betangas. Grenti hantap die hard fan bapa kita 2 dlm membuat n bemain gasing

adul
|2009-02-14 12:38:01
oang kadayan jua he...he...he...

PERMAINAN WARISAN !!!
- PERMAINAN WARISAN !!!
|2008-11-25 00:54:41
Pada bulan Febuari awal Tahun 2ooo, Saya telah dilantik Menjadi Pengurus Gasing Negeri Sabah dan juga dilantik menjadi Pengurus meminta Derma untuk Rombongan membawa Pemain2 Gasing Negeri Sabah ke Semenajung Malaysia.Pertandingan itu adalah Pertandingan Gasing Malaysia dan Pasukan yang memenangi akan menjadi Wakil ke "JEMPUTAN ASEAN 2000" yang sama juga di Lokasinya d Selangor DE.Saya ingin sekali membenarkan ataupun Mengiyakan Cerita Penulis Blog ini berkenaan dengan CERITA GASING BerTANGAS atau berMANDIkan tu.Apa yang menarik hati di buntakkan (dipendekan) cerita, Pasukan Negeri Sabah memasuki perlawanan Seperuh Akhir berjumpa Negeri Sarawak. Edeh 2 orang pemain Gasing Negeri Sabah Sakit Hangat badingin mengelatar tanpa Sebab yang nyata, Nasib baik Pasukan Kami tu ada juga 2 orang Pemain Senior yang ada Kuluman @ Pengetahuan Ilmu Kadayan sedikit dalam masa itu ke 2 2 pemain tu dimandikan (Kami minta Limut dulu). ke 2 2 pemain tu terus baik macam ngambili tahi mata nganya baik sudah dari Demam nya. Semasa Limut tu Pahang d Jumpakan dengan Selangor.Selangor ni adalah Pesukan Kegemaran Wilayah Persekutuan yang menjadi Pengadil dlm Pertandingan itu.Pemain dari Negeri Sarawak tu bukan Calang2 pemain juga ada juga Tiup2 yang Bikin Demam Panas tu.Dalam keputusan tu Sabah dan Selangor yang berjumnpa di "FINAL". Nah sebelum Wilayah Persekutuan d Ujudkan dia adalah d bawah Negeri Selangor. Nah disini lagi Wilayah Jadi Pengadil pertandingan. Mereka menjadi Pengadil NO. 1 Pemboyok.Gasing Pasukan Negeri Sabah 4 biji masih Laga Uri dengan nyawa2 ikan Gasing Negeri Selangor Masih "Banaung" lagi derasnya 3 biji.Ketua Pasukan Saya pada masa itu Usianya dalam 53 Tahun lebih kurang memangil saya dengan bebisik.Beliau tu kata (Tak Usah d namakan laa)Kau BENAR2 MAU MENANGkah? Saya bilang mau ehh... Dan saya Mencabar dia dengan cara bersahaja "BAH...KALUAA AKAN TIA ILMU KADAYAN mu tu Ngah..Masa ni lah ko MENCUBAA akan" saya Cakap g2 pada dia. Ko tau apa yang TERJADI??? Ke 3 3 biji gasing Negeri Selangor tu TERHENTI "SUDDEN DEATH" terlentok mati sedangkan Deras pusingannya tadi satu macam.. Ko Picaya tu...!!! Nah apa macam saya tdk Percaya sedangkan masa tu saya Pengurus Gasing Negeri Sabah yg berada ditempat Gelangang.Seolah olah Peristiwa tu masih lagi terasa didapan mata dan Kepala saya eh....Mangasi jamu Kakal Ilmu Kadayan d Tahun 2000 tu.

Anak sabah
|2009-02-18 16:09:31
wah..menarik jua cerita gasing nee..tidak rugi aku membaca artikel pasal gasing ni..klu ada lagi cerita lain2 mau juga aku tahu..

Friday, October 24, 2008

Expedisi Daly ke Sungai Padas 2, 1883

Written by KaaWai ^TaNaH^

Naluyan kampong Murut, Daly sebenarnya ke mana?

(Terjemahan oleh Arimi Sidek)

Daly meneruskan penjelajahannya ke bahagian sungai Padas, sungai kedua terpanjang di negeri Sabah dan bersambung dengan sungai Mengalong iaitu kawasan orang-orang kadayan.

“Kami sekarang menuju ke lembah, dan di aras 2310 kaki telah tiba ke kawasan tebing yang dipanggil Sumpongho (Jimpangah?), di sana terdapat dua teduhan atau rumah tumpangan untuk para musafir....”

Catatan Daly menjadi semakin menarik!

“Sebelah tengahari kami hilir lagi ke kawasan lembah subur dan indah di sungai Pegalan, cabang terbesar sungai Padas. Sungai Pegalan ini mudik menghala banjaran gunung Kinabalu. Kami telah melintasi kawasan lalang yang luas, i.e tumbuhan rumput yang tumbuh selepas hilang kesuburan kerana ditanami padi berulang kali; namun tanah tanih [di kawasan berkenaan] nampaknya lembab dan paling produktif; nampaknya hanya direhatkan. Naloyan; berhampiran dengan sungai Pagalan, pada altitud 610 kaki, merupakan kampung pertama kami jejaki, dan ketua Murut Zalimbuh menyediakan rumahnya yang besar untuk kami. Ini merupakan kediaman yang besar, 50 kaki persegi, sangat besih, tiada babi [dipelihara] dibawahnya, walaupun banyak babi-babi di kawasan kejiranan.”

Aneh, ataupun pengetahuan am saya agak ketinggalan. Satu-satunya Naloyan [Naluyan] yang saya ketahui sehingga kini adalah sebuah kampung orang-orang Kadayan yang beragama islam sebelum sampai ke pekan kecil Mesapol di daerah Sipitang.

Tidak syak lagi Zalimboh merupakan orang Murut, mungkin dari suku Tinangol atau Tagol.

Ini kerana di rumahnya "ada lima puluh dua kepala manusia dan serpihan tulang temulang manusia bergantungan di atas tiang tiang atap; beberapa daripada kulit muka [tengkorak] berkenaan telah diawet dengan begitu baik dengan proses pengecutan sehingga raut expresi mereka masih boleh dikenal pasti.”

Daly sebenarnya pergi ke mana ni?

Sumber:

Explorations in British North Borneo, 1883-87. D. D. Daly. Proceedings of the Royal Geographical Society and Monthly Record of Geography, New Monthly Series, Vol. 10, No. 1. (Jan., 1888), pp. 1-24


Comments

A.S. Kasah - Naluyan kampung Murut? |2008-10-23 13:18:11
Berdasarkan kepada keterangan di atas, pada hemat saya berada di Tenom atau Keningau dan bukannya di Daerah Sipitang. Perkampungan Naloyan (Naluyan) yang dimaksudkan ialah sebuah perkampungan di Tenom dimana sebatang sungai yang bergelar Sg Naluyan masih ada hingga sekarang.

Jika anda memandu dari Keningau ke Tenom, anda akan bertemu dengan sebatang sungai yang di gelar Sg Naluyan. Ini jelas dimana pihak berkuasa telah mendirikan papan tanda menunjukkan nama sungai berkenaan.

Jadinya Naloyan yang dimaksudkan oleh Daly itu pada hemat saya adalah sebuah perkampungan di Daerah Tenom bukannya Kg Naluyan di Mesapol (kampung penulis komen).

Pangait |2008-10-23 22:00:23
Teruskan pengembaraan ini... moyang saya dari Jempangah

Tuesday, October 21, 2008

Wajah Lampau Gasing Kadayan 1

Written by Kalajiau Ingaa
Monday, 20 October 2008

Dilema Gasing!

Mangais dan impas. Eh betulkah impas? Kayu yang warnanya putih kuning atu bah… kayu yang paling biasa dibuat menjadi gasing tu. Tapi agaknya memang itulah kayunya. Kedua jenis kayu ini merupakan bahan utama membuat gasing. Mangais (mengaris) pula berwarna maroon dan sungguh elegan jika dikilatkan, kami malah mengilapkannya dengan pengilap kasut (kiwi) untuk menambahkan serinya.


Tetapi tiada saiz yang standard untuk gasing kami. Saiznya tidak tentu, tapi yang agak-agak standard ialah garispusatnya lebih kurang sejengkal.

Namun ini sebenarnya mendatangkan masalah juga. Sejengkal oang anggau tidak sama dengan jengkal orang buntak. Hasilnya permainan gasing kami datang dengan gasing yang saiznya berbagai-bagai. Ada yang besar, ada pula yang kecil. Dalam hal ini kegembiraan lebih penting dari saiz gasing. Tetapi selalunya pemilik gasing bersaiz besarlah yang lebih gembira berbanding dengan pemain yang gasingnya bersaiz kecil.

Tali gasing diperbuat dari sejenis kulit kayu yang dinamakan “timbaan” (dusun - timbaron; selain tali mereka menjadikannya ‘vest’ dan topi).

Dalam kebanyakan masa, permainan gasing (dipanggil ‘bagasing’ ber + gasing) dimainkan di halaman rumah bersama kawan-kawan dan sepupu. Saya kebetulannya seorang yang kidal, jadi tali gasing saya ada sedikit istimewa. Orang lain tidak akan meminjamnya kerana lilitan / gulungan tali berkenaan dibuat secara terbalik berbanding dengan tali orang lain. Tetapi tidaklah istimewa sangat kerana saya pun sebenarnya tidak boleh menggunakan tali mereka.

Lagipun setakat tali gasing yang istimewa takkan ke mana. “Biluluknya pun inda ada (sedikit pun tidak berbakat – putiknya pun tiada)” kutuk bapa semasa melihat saya bermain.

Betullah agaknya tu. Menurut cerita bapa merupakan pemain gasing terkemuka semasa mudanya.

Comments

Joe Gasis - Gasing dan Permainan Gasing |2008-10-20 10:17:31
Saya amat tertarik dengan tulisan mengenai gasing ini. Saya berasal dari Pendalaman Keningau dan tulisan ini mengingatkan saya ke zaman kanak-kanak saya dulu di Keningau.

Keseronokan main gasing ini memang unik, kerana seperti ysang di ceritakan dalam tulisan ini, peralatan mainan semua dibuat sendiri, custom made! Saiz bergantung kepada sais jari pemain, kalau sais genggaman besar boleh lah main gasing ysng sais besar, dan sebaliknya.
Tali gasing juga unik, tradisionalnya dibuat dari kulit kayu, namanya saya tak ingat tapi macam sama dengan yang disebut dalam tulisan ini. Kalau ketiadaan kulit kayu kami guna kain sarung batik mak yang sudah lusuh di koyakan dan dipintal menjadi tali yang kukuh. Saya masa itu tak pandai pintal tali lagi, jadi harap kepada bang-abang yang sudah besar dan pahanya berbulu, yang ternyata tidak baik untuk memintal tali diatas kulit paha yang berbulu!

Kami main gasing ada caranya; saringan awal main tarik tali dulu -dua orang dengan gaing yang siap akan di tarik bertentangan dengan tali gasing di silang kemudian di tarik sekuatnya, gasing akan terlepas dan akan berputar diatas permukaan gelanggang. Gasing yang berhenti berputar dulu akan dikira kalah dan sterusngnya dengan pasangan pemain-pemain yang lain. Akhirnya ada dua team, kalah dan yang menang. Seterusnya main Pangkah. Saya kurang ingat detail mainan ini, tapi disini lah pemilihan Raja ( maksudnya jaguh) Raja Muda - jaguh nombor dua dan yang terakhir - Kuncit! Si Kuncit ini asik kena belasah saja senhingga kalu ada diantara pembelasah itu miss, dia akan naik satu tingkat. Kalau draw, kena tarik tali untuk tentukan pemenang.

Begitulah seterusnys, kami main dari pagi hingga petang masa hujung minggu. Bapa saya kadang-kadang marahkan kami, kerana katanya 'tengok badan kau suda kurus asyik menbanting gasing saja!".

Gasing kami ada taji- paku yang dilantak di muncung bawah, ada juga dipasang di tepi ( bahaya kepada pemain sendiri -tidak di galakkan). ada juga taji dikepala, ini penting untuk lukakan lawan!

Nah begitulah asyiknya kami main gasing, memang seronok. Sekarang saya sudah seumur negara Malaysia, saya tidak nampak kanak-kanak main gasing. Kalau mau dibanding-banding main gasing ini macam hebatnya perlumbaan Formula One, kita bebas mencari cara mengalahkan lawan. Pasang taji, guna tali yang kuat (tali bekas karung beras cina yang lebih tahan), macam-macsam bole buat!!

Kalau ada konvnesyen gasing ini saya memang join untuk menghidupkan kembali keseronokan permainan tradisional gasing ala Sabah. Terima kasih kerana sudi membaca komen ini dan kepada tuan yang menulis cerita pasal gasing ini.

Kadayan Journal |2008-10-20 10:51:54
Saya setuju atas cadangan-kalau boleh di panggil Konvensyen Gasing Borneo. Ketara perbidaannya degan Gasing National Malaysia! Sabah tidak mempunyi Persatuan Gasing yang boleh melibat kan ramai pengemar. Yang ada ialah Persatuan Gasing Sipitng yang bermasaalah, dan mengakui wakil Sabah.

Semasa kecil saya permainan gasing ada golf sekarang(tidak main golf lagi la)- yang secara kebetulan arwah bapa saya pembuat dan ketua kumpulan pemain gasing di kg saya.

Gasing yang kita nampak sekarang banyak terpengaruh dengan gasing dari semanjung. Tidak ada salahnya!

Saya melihat gasing yang saya guna dizaman saya contohnya seolah-olah taylor made. Dalam kumpulan kanak2 ketika itu saya akan jadi boss gasing-uniknya bapa saya tidak pernah buat gasing untuk saya. Gasing yang saya guna biasaya dibuat oleh Beliau Pandin-sekarang berada di Labuan raja gasing ketika itu di Sipitang atau saudara Ghani juga pemain yang hebat-mereka ini mentor saya. Yang hebat2 lain tu berumur tua draipada mereka, jadi saya merupakan layer ke tiga yang muda.

Kalau ramai yang berminat ada baiknya duduk cerita2 dan hasil sesuatu. Mungkin Site ini boleh jadi penghubung.

Friday, October 17, 2008

Expedisi Daly ke Sungai Padas 1, 1883

Written by KaaWai ^TaNaH^
Thursday, 16 October 2008

Kampung Gadong, Bakalau, Lupak di Beaufort, Sabah telah wujud lebih dari satu abad.

(Terjemahan oleh Arimi Sidek)

Berikut merupakan beberapa catatan oleh penjelajah British ke kawasan yang berdekatan dengan petempatan orang-orang kadayan di Borneo pada penghujung abad ke 19.

Kampung-kampung yang beliau catatkan masih wujud sehingga ke hari ini. Petempatan-petempatan berkenaan (kecuali Morak – saya kurang pasti. Harap tuan-tuan yang mengetahui akan menjelaskan kedudukan sebenar) dengan ini telah pun wujud lebih dari seratus tahun lampau.

Menurut beliau

"Ekspedisi tinjauan saya yang seterusnya akan menggambarkan Sungai Padas dan cabang-cabangnya di pantai barat.

Bahagian hilir sungai Padai adalah merupakan sebuah delta yang luas menghampar di pantai barat bertentangan dengan Koloni British Labuan; dan sungai Padai merupakan sistem perairan utama di Wilayah Dent, [daerah] yang terbaru dan pengambilalihan yang paling bernilai dan dinamakan sempena Mr. Alfred Dent, pengasas Syarikat Borneo British. Bahagian yang paling hampir dengan kawasan pesisir pantai sejauh 15 batu adalah diliputi oleh paya bakau dan berselang seli dengan beberapa terusan air masin.

50 batu ke dalam, sungai Padas melalui kawasan paya ladang sagu dan sawah padi yang luas dan kadang kala berselang dengan hutan rimba. Penduduk di kawasan pamah ini kebanyakannya adalah dari suku Bisaya, bercampur dengan orang Berunai, Melayu dan orang-orang Dusun. Petempatan-petempatan utama yang dilalui adalah Gadong, Lupak, Limbawang, Berkalow dan Morak, di mana penanaman sagu adalah yang paling lumrah”.

Sumber:

Explorations in British North Borneo, 1883-87. D. D. Daly. Proceedings of the Royal Geographical Society and Monthly Record of Geography, New Monthly Series, Vol. 10, No. 1. (Jan., 1888), pp. 1-24.

Comments

rizan - banar 2eh |2008-10-22 14:44:02
au eh banar 2

Saturday, October 11, 2008

Apalah Umno Sipitang ni ...

Written by Dusun-Non-Grata

Ada ka diorang sukung kasi calun satu purumpuan gumuk jadi ketua. Apa macam maw lawat kampung kalau cuma duduk dalam land cruiser.

Mo jalan pun susah.

Main mercun masa raya bulih lah.

Ini purumpuan mana paduli hal rakyat, dia mana paduli warganegara Malaysia tiba-tiba jadi bukan warga negara...

Sipitang calonkan Rosnah, Dr. Wan Norashikin SIPITANG 10 Okt (Utusan) – Persidangan Puteri UMNO Bahagian Sipitang mencalonkan Naib Ketua Puteri, Rosnah Abdul Rashid Shirlin sebagai ketua pergerakan itu pada pemilihan Mac depan. Bahagian itu juga memilih Ketua Puteri Perak, Dr. Wan Norashikin Wan Noordin sebagai calon Naib Ketua. Empat Puteri bahagian di Sabah bersidang hari ini, iaitu Kudat, Keningau, Sipitang dan Silam (Lahad Datu).

Apa macam ini satu Puteri Perak boleh kana calonkan oleh orang Sipitang? salalu pigi Sipitangkah dr?


Comments

Badaksumbu |2008-10-11 11:36:18
Ini sistam, memang tidak mamuaskanla! kou orang kana cium tangan orang malaya bila2 kalau mau naik pangkat,kurang2 pun bali ikn masin untuk ole-ole-cuba pikir ...

Saiful Bahari |2008-10-11 14:29:24
Sia pun satuju juga pasal cakap itu Dusun-Non-Grata. Bukan kita mau kutuk orang punya badan, pasal saya pun gumuk juaga. Tapi ada logiknya itu cakap. Mangikut pangalam sia, kalau badan gumuk susah butul mau jalan. Labih-labih lagi kalau mau malawat itu kampumg-tampung yang siada jaraya. Sia kasi cadang itu YB Rosmah pigi slimming centre, kasi kurang itu barat badan. Barat yang susuai saya rasa dalam 65kg. Dia duit banyak, bole bah pigi slimming centre. Macam sia ini susa sikit, duit siada.

Aku ba ani - Orang Kapung |2009-01-29 00:11:00
Butul ba sakap kamurang tu. Kan diPapar atu ada Spa, bulih ta si Rosnah ambi slimming course. Tapi mun ia betian paya ta pulang. Kaguguran karang...

jUNAIDI - Bejuta bintang bulan jua dipuja orang |2009-02-21 23:04:11
Apa salah kalau anak sabah mau tanding diatas..... baik banar tah tu ... tak baik andaikan orang malaya macam - macam kita kan satau negara satu bangsa .... nilah kita barau aja orang kita nak maju sudah bejuntaian perasaan .............dang

Atun |2009-03-05 09:29:06
Apalah kamurang nih..sia pernah jumpa bah naib ketua puteri, Rosnah ni masa di centre point..mana lah gemuk betul bah..jalan pun cergas juga..kalah lagi sia ni biarpun badan sia ketegori 'sedang ' jak..Pasal suruh dia pi slimming centre tu pun satu hal jua..apa lah korang susah2 mau fikir..bukan kerja kamu bah tue..baik lagi kamu fikir cara2 mau cari duitkah..mcm mana cara mau kasi maju bisnes kah..ada faedah lagi..!! benar kah!!

bencimulutsundal |2009-03-28 11:38:44
Ini penyokong PKR ba ni kan...menghina org saja kerja...ada tengok cermin ka? lawa betul ka kau itu? Pernah ko nampak dia masuk kampung kepayahan bejalan?

Sundal juga tu mulut...yg penting keupayaan jadi pemimpin bah...dia sekolah tinggi..ko tu sampai PMR ja brgkali...itu pun nda pass..hahaha tau mengutuk org saja...sembahyang la ingat tuhan...

Tuan Cobra - KETUA PUTRI DILANTIK PEM. MENTERI KESIHATAN. |2009-04-10 23:56:29
Tahniah Buat YB.Datuk Rosnah yang Gemuk gadimpul ni serta Pemarah orangnya. Dulu pernah 1 malam saya ke Beverly Hotel saya Parking dibelakang Keretanya, saya belum turun dari dalam kereta lagi dia sudah Tariak kuat2 macam orang gila, Masa tu saya belum kenal lagi siapa Perampuan Gemuk ni rupa2nya dia C Rosnah Putri UMNO ni, Kuat jua eh Hariknya, mberi watir eh jua...Macam orang Kerasukan ya narais dari dalam Keretanya. Keretanya masa atu kalau inda silap ku KIA SPORTAGE. Kalaulah aku Bini2 dan Putri sewaktu perwakilan kelamari atu pasti sudah ya kalah oleh ku. Nasib jua aku pun bukan nya Ahli UMNO eh.

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya!

Kami di Kadayan Universe mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca yang beragama Islam.

Part I – Beraya di Sipitang

Sekarang ini saya berada di Sipitang, Sabah - sejak semalam lagi.

Sipitang? Ya Sipitang. Daerah ini terletak di pesisir pantai barat, melintang menghala ke pedalaman Sabah menyisiri kawasan Kalimantan Tengah, bersempadan dengan negeri Sarawak dan berhadapan dengan pulau Labuan. Kawasan ini merupakan satu dari beberapa petempatan utama orang-orang Kadayan di Sabah.

Agak lama tidak berkesempatan melepak di kampong. Kesempatan ini saya gunakan untuk melepak ke rumah saudara mara yang berhampiran. Banyak oksigen di sini. Muka-muka yang familiar kelihatan semakin berusia. Samalah juga keadaannya apabila mereka melihat saya, pasti.

Di Kota kinabalu; kelmarin dulu saya menziarahi seorang saudara yang isterinya meninggal dunia.

Memang masa begitu cepat berlalu...

Kepada pengunjung Kadayan Universe yang juga beraya di Sipitang, silalah berkunjung ke rumah pusaka buruk Kaawai Tanah di Kampung Pantai.

Part II – Kadayan Universe Update

Laman Kadayan Universe ini kami letakkan [parking, web park] di laman mirror yang dibuat oleh Giin Buagas. Kami berpendapat ini merupakan penyelesaian terbaik untuk sementara.

Tanpa laman mirror ini, tak menang tangan saya untuk menyambut panggilan telefon, membalas SMS serta email, semuanya dari para pembaca yang mengambil berat dan ingin mengetahui masalah sebenar yang kami hadapi sejak sebulan lepas.

Bagi capaian streamyx pula, bahagian bantuan pelanggan TM juga harus dipuji. Sejak 3 hari lepas kakitangan mereka setiap hari menelefon bertanya keadaan mutakhir talian Streamyx di kawasan saya. Biasanya tak pula begitu. Masalahnya ialah saya berada di kampong, dan saya tidak tahu keadaan capaian streamyx di sana. Tetapi saya tetap juga bakal mengurangkan pakej streamyx selepas raya nanti!

Tentang server Kadayan Universe. Saya telah mengenalpasti beberapa webhost yang bersesuaian untuk disewa sekembali dari kampong.

Part III – Kemana arah tuju Kadayan Universe?

Sejak kebelakangan ini para penulis di Kadayan Universe nampaknya lebih menjurus kepada bentuk penulisan satira [satirical].

Apa nak buat, kebanyakan artikel yang kami terima adalah sarat dengan elemen satira dan sindiran, sama ada yang tajam dan tumpul. Tidak dinafikan sebahagian daripadanya adalah menyakitkan terutama jika hanya dipandang dengan hati yang tertutup. Tambah-tambah lagi bagi anda sebagai pembaca, jika anda kebetulannya adalah di pihak yang menjadi sasaran. Tahan sajalah. Pandangan dari musuh anda selalunya lebih jujur dari pandangan sahabat handai. Kebanyakan sahabat lebih ingin menjaga hati anda sebelum membuat sebarang kenyataan, tidak kurang juga yang suka membodek.

Part IV – Orang Kadayan Memang Pakar Mengutuk!

Tidak syak lagi orang kadayan cukup pakar dalam hal-hal begini. Di dalam menegur dan membetulkan kesilapan, bukan sesuatu yang asing bagi orang-orang tua kadayan memulangkan paku buah keras, menyindir dan membalas sindiran secara yang cukup menghiris. Ia adalah sebahagian dari kebudayaan kadayan, sebab itu kita harus berhati-hati di dalam segala tindakan dan menjaga kelakuan agar tidak dipandang sebagai dungu dan menjadi bahan momokan sepanjang zaman.

Ironinya kemahiran yang serupa juga ada di mana-mana, seperti yang kita lihat di Kadayan Universe. Contohnya seperti saudara kita orang dusun juga begitu, orang melayu semenanjung pun sama jika artikel-artikel yang tersiar di laman web ini menjadi ukuran.

Agaknya itu semua terletak di dalam gen kita sebagai orang Nusantara tak?

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Lebaran – Maaf zahir dan batin kami pohonkan daripada anda semua.

Kaawai Tanah
Kadayan Universe management team.

KadayanUniverse.Com parking di sini sehingga selepas Raya

Keputusan ini kami ambil, setelah mengambilkira masalah-masalah yang dihadapi di sepanjang bulan ini.

Lagipun kami semua berada di kampung halaman masing-masing buat masa ini, sukar untuk berinteraksi dengan lancar kerana kamia semuanya sibuk hendak beraya.

Parking di BlogSpot.Com sangat selamat. Belum ada hacker Malaysia berani melancarkan DDOS kepada Blogger.com / Blogspot.Com! Yang biasa ada ialah setakat melancarkan komen bertubi-tubi sehingga sesuatu blog berkenaan diklasifikasikan sebagai spam blog.

Bagi anda yang telah merekodkan perkhidmatan RSS kami sebelum ini, harap kod rss yang sedia ada jangan diubah. Insya-Allah keadaan di kadayan universe akan kembali normal tidak lama lagi.

Kaawai Tanah
Giin Buagas

Sunday, September 28, 2008

Malaysians, time to abandon Microsoft Windows and go for LINUX!

Greedy monster dream: to racks RM1 billion by forcing Malaysians to buy obsolete product!



A greedy monster, Microsoft, had announced that there will be no mercy for 3 million estimated pirate users of Windows XP Pro operating system in Malaysia from now on. Should illegal users use it for internet purpose, their PC possibly goes blackout anytime.

Revised text version, 27 Aug 2008.

If you don't want it to happen, you have to purchase the original copy of Windows at the cost of RM580.00 each from local resellers or go to Microsoft website. arimisideks.blogspot.com

Saturday, September 27, 2008

Streamyx oooo Streamyx!

Written by KaaWai ^TaNaH^
Saturday, 27 September 2008

Streamyx turut berpuasa di bulan Ramadhan

Maaf kerana kadayanuniverse.com mengalami gangguan perkhidmatan sekali lagi.

Pengalaman dengan perkhidmatan TM streamyx di bulan Ramadhan ini cukup menyayat hati. Agaknya bukan saja kakitangan TM yang berpuasa, tetapi juga dengan talian-taliannya sekali jika mengambilkira kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di kawasan Luyang Kota Kinabalu ini.

Cukup menyedihkan.

Di sepanjang bulan September ini, setiap minggu mesti ada gangguan. Tiada Internet dalam dua tiga jam masih boleh diterima, tetapi ini sudah lebih. Dalam seminggu gangguan satu hingga tiga hari, tak berbaloi rasanya dengan bayaran RM88 yang mesti dijelaskan setiap bulan.

Teks dikemaskini, 28 September 2008

Yang paling teruk ialah minggu ini. Dari 25 haribulan sehingga hari ini 27 September 2008 belum lagi pulih. Panggilan ke 1300 88 9515 dah lebih dari hafal kerana terlalu sering menelefon perkhidmatan pelanggan TM. Tekan 1 untuk Bahasa Malaysia. Anda akan dipaksa mendengar pengumuman yang berjela-jela sebelum ke langkah yang seterusnya (tiada cara untuk escape kah?). Tekan 1 lagi untuk perkhidmatan Streamyx. Kemudian tekan 3 untuk bantuan teknikal.

"Ye Encik, ada apa-apa yang saya boleh bantu?”

"Encik ada di depan komputer?”

"Lampu ADSL ada menyala?”

"Dah cuba buat direct connection?”

"Apa error bila encik dail”

Pertanyaan-pertanyaan bangang dari kakitangan TM yang cuma menghafal skrip bodoh bantuan pelanggan. Bilalah agaknya mereka cuba memahami bahawa bukan semua pengguna Streamyx sedangkal pengetahuan mereka sendiri.

Pengguna-pengguna Streamyx yang mahir tidak memerlukan itu semua. Untuk mengetahui samada LAN berjalan dengan baik atau tidak cukup dengan hanya meluncurkan dos console / unix terminal.

Ping komputer sendiri 192.168.1.X - Mampu mempastikan ethernet NIC PC sendiri OK

Ping gateway 192.168.1.1 - Router OK

Ping DNS 202.188.1.5 - Streamyx OK

Apa pula yang hendak ditanyakan mengenai apa error yang keluar?

Semua error-error ini hanya berguna jika pelanggan berkenaan menggunakan sistem operasi Microsoft Windows. Nombor error rekaan Microsoft tidak laku di Linux, tidak laku juga di Mac. Lain sistem operasi lain nombor error. Pengguna OS Linux dan Mac tiada maklumat dan tidak memerlukan nombor-nombor error berkenaan.

Lagi pula, setiap kali masalah capaian streamyx berlaku, situasi sebenar yang terjadi adalah kerana liputan perkhidmatan streamyx yang tidak baik, bukan masalah di dalam rumah. Malah tidak perlu menjadi pengguna mahir, anda juga boleh menyemak di mana masalah berkenaan berlaku menggunakan kaedah pinger. Jika anda menggunakan Microsoft Window sila pergi ke Start menu, klik run dan taip "cmd". Kekotak Dos akan keluar sedia dengan command prompt yang diperlukan. Teruskan dengan menaip perkataan yang bold di bawah

C:\Documents and Settings\DamnStreamyx>ping 192.168.1.1
Pinging 192.168.1.1 with 32 byte of data:

Reply from 192.168.1.1: bytes=32 time=ms TTL=254
Reply from 192.168.1.1: bytes=32 time=ms TTL=254
Reply from 192.168.1.1: bytes=32 time=ms TTL=254
Reply from 192.168.1.1: bytes=32 time=ms TTL=254

Ping statistics for 192.168.1.1:
Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 2ms, Maximum = 3ms, Average = 2ms

C:\Documents and Settings\DamnStreamyx>

Hasil keputusan pinger menunjukkan bahawa LAN di dalam keadaan baik. Komputer boleh berhubung dengan gateway / router / ADSL modem seperti biasa. Pendek kata TIADA masalah berlaku di dalam rumah!

Untuk mengetahui masalahnya, sila teruskan dengan melakukan pinging ke secondary domain nameserver (DNS) TM, atau mana-mana IP di luar rumah.

C:\Documents and Settings\DamnStreamyx>ping 202.188.1.5

Pinging 202.188.1.5 with 32 byte of data:

Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.

Ping statistics for 202.188.1.5:
Packets: Sent = 4, Received = 0, Lost = 4 (100% loss),

C:\Documents and Settings\DamnStreamyx>

Haaaa, Request timed out maksudnya ping anda tidak dijawab dengan wajar sehingga habis masa yang diperuntukkan. Jika anda membayar bil dengan tepat, password dan login tidak bermasalah, dan anda tidak pernah menjadi tikus membaiki labu mengubah sebarang setting di ADSL modem anda; ertinya ialah connection streamyx sedang bermasalah. Mungkin kambing hitam TM yang cemerlang, gemilang dan terbilang sedang berpuasa.

Di sini router tidak boleh berhubung keluar dari access pointnya. Perkhidmatan Streamyx yang buruk sedang mengalami gangguan dan akan menjadi reput jika anda tidak menelefon 1300 88 9515.

Cukup menyakitkan hati.

Cukup teruk.

Jangankan hendak mengemaskini laman web, nak melayari internet pun tak dapat. Sampai terpaksa ke Cyber Cafe untuk melangsungkan kesinambungan laman web dan urusan-urusan lain seperti pembayaran bil-bil yang perlu seperti yang saya lakukan sejak dua hari lepas. Malangnya Web KadayanUniverse.Com juga tidak dapat dicapai kerana sebab yang lain pula.

Mana lagi nak menyelesaikan masalah Streamyx, mana lagi nak menyelesaikan masalah server, mana lagi nak berpuasa ....

Puasa dah nak habis. Harap-harap selepas Raya TM boleh meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Jika tidak, alamatlah TM akan kehilangan beberapa orang pelanggan lama. Masalahnya beberapa pelanggan ini ialah pelanggan yang bermulut celupar!

Celcom broadband ada, Digi pun ada. Apa yang nak disusahkan untuk bertahan dengan perkhidmatan teruk begini.


Comments


zmk |2008-09-28 17:28:16
betul tu,kalu streamyxx bertebiat lg,aku disconnect tukar pg broadband

kaawai - Macam ok suda sekarang ini... |2008-09-28 19:27:32
Sekarang ni macam ok suda, cuma tak tahu berapa lama sebelum dia balik rosak.

Dua kali call streamyx, siap buat report.

Minta tolong diorang reset connection dua kali tak dapat, kononnya port di luar tak stabil.

Stabil-stabilkanlah kalau boleh.

Kalau tidak lepas raya ni tukar pegi kombo rm60, sama saja teruknya yang pakej paling bagus ni.

Atau celcom broadband? rm60 juga, unlimited juga coma modem dia mahal dalam rm3xx.

Selamat hari raya zmk dan semua para pembaca
kaawai tanah

babun - TM Streamyx masih monopoli! |2008-09-28 19:02:38
Inilah masalahnya monopoli. Perkhidmatan tidak baik tiada masalah, perkhidmatan buruk tiada problem.

Mungkin kalau sudah celcom, digi, jaring dan lain-lain perkhidmatan sudah berjaya menyaingi mereka, barulah bergegas ke sana sini untuk meningkatkan perkhidmatan.

Thursday, September 25, 2008

Bubur ... bubur ... slurrpppp!!!!

Written by kalajiau ingaa

Sedar tak sedar dah dekat sebulan kita menjalani ibadah puasa untuk tahun ini. Maksudnya bulan puasa telah hampir tiba ke penghujungnya. Berakhirnya bulan puasa, menjelang pula Aidil Fitri.

Di kampong Oang Daat dan juga kampong orang-orang Islam di merata ceruk Borneo sejak dari zaman-berzaman lagi tidak pernah sunyi dari aktiviti-aktiviti khusus di sepanjang bulan Ramadhan. Di masjid kampong kami terdapat dua aktiviti wajib yang berjalan iaitu bertadarus Al-Quran serta bersolat Tarawih.

Bagaimanapun dahulunya di kampong kami tadarus merupakan aktiviti yang lebih dominan berbanding solat tarawih. Hanya bermula dari awal tahun 1980an barulah solat tarawih berjemaah mula bertapak dengan subur. Perkembangan ini mungkin merupakan hasil pendedahan kepada dunia luar, menjadikan aliran ajaran agama setempat selari dengan arus Islam perdana, begitulah.

Almaklum saja, dunia oang daat kami berada di ceruk dunia. Di sini, peranan badan-badan keagamaan hanya muncul dengan nyata bermula awal tahun-tahun 1980an. Sebelum itu, soal penentuan puasa, penentuan hari raya, soal kutipan zakat fitrah dan sebagainya banyak dipengaruhi oleh keputusan dan karisma orang-orang sekampung yang arif tentang hal ehwal keagamaan. Sebelum itu jangan hairan jika kampung A berpuasa lebih awal atau, beraya lebih awal berbanding dengan kampung B.

Tak mengapalah, kita tinggalkan topik bicara yang agak sendat ini. Bukan saya tidak mahu, tetapi kita boleh membincangkannya pada masa lain yang lebih sesuai.

Mari kita bicara tentang hal yang lebih ringan, soal makan.

Bulan puasa di kampong kami juga merupakan bulan pesta makan-makan. Bermula dengan sang ibu dan adik-kakak riuh rendah dengan paluan lesung batu serta gema pengukur kelapa yang laut-laut diselang seli dengan hentakan parang ke sasaban. Ahh, semuanya khusus bagi penyediaan penyungkaian. Aromanya sungguh menyegarkan hingga perut anda yang seksi mula berdondang sayang mengikut irama paluan sendok dengan kuali dari ruang dapur.

Makan, makan, makan.

Kemudian di masjid bertadarus dan bertarawih. Selesai ritual ini, minum-minum dan makanan lagi. Tiba ke waktu sahur makan lagi. Kemudian di bahagian penghujung bulan puasa seperti sekarang, makan-makan tahun (kenduri arwah) akan diadakan di mana-mana. Maksudnya antara lain, makan lagi.

Tetapi di dalam semua ini terselit satu juadah yang seolah-olah menjadi kemestian di mana-mana majlis makan yang anda hadiri. Juadah berkenaan ialah bubur. Anda juga tentu biasa dengan segala macam bubur. Ia senang disediakan; tambahkan air, santan, gula, sedikit garam dan bahan yang hendak dijadikan bubur. Juga senang dihadam kerana sebahagian besar komponen bubur adalah air.

Namun di dunia sebelah sini setahu saya tiada bubur lambuk. Bubur campur ada, lebih kuranglah barangkali tu. Bubur kacang hijau adalah paling popular. Ada juga bubur jagung, sama ada jagung kuning (jagung ayam) dan jagung lakatan (lembut, agak melekit, lekat, pulut). Bubur ubi kayu dan ubi manjalaa (ubi jala). Bubur taigu (terigu, gandum), semua baham saja asal dihidang.

Bagaimana dengan bubur yang agak eksotika seperti bubur durian? Anda mungkin masih biasa.

Bubur mi kuning? Agak kurang biasa ya.

Ada lagi. Bubur biskut keras berbentuk oval. Biskut ini sudah lama saya tidak melihatnya, tapi masih dijual di pekan-pekan kecil. Keras, senang-senang untuk dibaling ke arah kanak-kanak nakal. Sesuai dihidang semasa kenduri kerana lambat masuk angin apabila terdedah.

Bubur buah tarap? Hanya orang Borneo yang merasa. Rakan dari semenanjung mengatakan ini buah hutan. Buah hutan pun mahallah. Tarap yang lunak dan ulasnya besar-besar cukup enak dimakan. Selain dari bubur, bijinya sedap digoreng menjadi makanan ringan. Tarap juga sesuai dimakan begitu saja dengan kelazatannya sehingga menjilat jari. Buah tarap yang muda boleh dibuat sayur santan.

Bubur cempedak? Bubur nangka? Opps, saya juga tidak biasa, tetapi mungkin ada. Tetapi ada jenis nangka yang dinamakan nangka bubur.

Bubur adalah juadah versatile jika anda bersikap exploratory. Cuba saja ide bubur yang baru. Jika bubur anda laku maka ia akan jadi ikutan di belakang hari. Sebagai contoh, baru-baru ini kami menghadiri satu majlis perkahwinan di kampong sebelahisteri saya. Tuang punya tuang, gelas kami terisi dengan jus minuman yang baru bagi saya, jus timun segar buatan sendiri. Nampaknya isi timun yang tidak dibuka kulitnya diparut halus, memanjang dan menjadi serat yang membentuk minuman jus berkenaan. “Jus apa ni, tak sedap pun” gerutu anak buah di sisi. Isteri saya lalu mencuit pinggangnya, tanda menyuruh diam …

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Hari raya buli logopkah?

Written by Dusun-Non-Grata


Bah, tia lama lagi raya!

Tia payah hitunglah, sia bukan juga posa.

Tapi di rumah sia ni ada jam biologi. Anak sia, Cyntia suda satu minggu balik seja dari sikul, turus lepak rumah auntie dia. Kakak sialah tu, tulung buat kuih raya. Nasib kakak yang satu lagi jauh sikit di daerah lain. Kalau tidak, terpaksa lagi tambah jadual rondaan.

Yang bini sia pun sama juga. Kasiukan ikut buat kuih suda tu.

Sia suspek dorang dua ni sudah jadi tukang test kuih raya, pasal kaka sia posa. Cyntia dengan mummy dia dua orang internasional manada posa punya, bukan orang Islam [alamak termasuk dengan sia sekalilah tu].

Tadi balik kerja sia pigi sana rumah kaka.

Mana tahan sia lugai-lugai saturang sini rumah. Talabih suda siuk dorang buat kuih tu, sampai apa pun teda kana masak dirumah.

Ngam juga tu, pok makan free ikut dorang sungkai sana.

"Kak, apa macam ini taun raya kita bikin logop-logop sikit kita punya tetamu" sia sambur seja.

Tia lama sia punya pinggang macam kana cubit bini. "Teda adat, hormat sikit bah, abang aji kan ustaz di sini", bilangnya.

"Adeh, ko picaya dia ni? Mulut macam pantat ayam teda filter bah", bilang kaka sia.

Abang ipar sia sengeh seja. Memang pun sia main-main seja bah. Saya bukan buduh juga, sikit tubal ada la.

Lagi tiap taun kami anak beranak pun macam beraya juga la. Tiap taun juga cyntia dengan mummy dia tempah baju kurung. Adui, orang perempuan mana-mana saja besar belanja, nasib segala langsir diorang tia ikut tukar. Nanti Xmas belanja lagi beli baju juga.

Tia pa la, kasi utang dulu kaka dengan abang aji tu. Nanti bulan 12 dorang juga yang sibuk memasak dan bawa makanan untuk tetamu yang datang ke rumah kami ni.

Mudah-mudahan keturunan kami pun tidak memerlukan akta perhubungan kaum nanti.

Bah, Slamat Hari Besar (Raya) kio , 0 0 ... lapas raya sia kutuk lagi.


Comments


Pangait |2008-09-28 07:45:38
Slamat Hari Raya juga sama ko sama kluarga