Tuesday, March 18, 2008

Aku Oang Daat - Part 1

Written by kalajiau ingaa

Permainan Kuhit


KUHIT adalah suatu permainan tradisi kadayan sejak zaman berzaman. Ianya merupakan set permainan berkumpulan biasanya semasa kenduri kendara, walaupun tidak semestinya hanya terhad pada masa-masa berkenaan.

Permainan tempurung kelapa - Image

Sebabnya ialah pada masa berkenaan ramai sanak saudara berkumpul untuk "bausah-usah", jadi tempurung kelapa boleh didapati dengan mudah.


Imej Puding Kelapa
Puding Kelapa

Ia dimainkan sebagai pengisi masa lapang untuk golongan kanak-kanak dan remaja, manakala orang-orang tua sibuk bekerja untuk persiapan kenduri.

Kuhit menggunakan tempurung kelapa sebagai peralatan permainan. Tempurung kelapa yang telah dikukur ditebuk lubang besar di tengah-tengahnya.

Selalunya lubang berkenaan dibentuk dengan cara hentakan dengan siku. Aksi ini sering menjadi suatu pertunjukan kecil-kecilan bagi mempamir kekuatan di kalangan para remaja yang riuh rendah dengan hiruk pikuk kenduri.

Kuhit memerlukan beberapa peringkat aksi sebagai sebahagian daripada permainan secara keseluruhan.

Permainan ini tidak mengamalkan sistem pengadil, sebaliknya menggunakan cara "check and balance". Semua pemain adalah berperanan untuk mempastikan permainan berjalan lancar. Tiada undang-undang permainan yang bertulis, tetapi semua pemain mengetahuinya dengan baik secara lisan.

Agak malang kerana saya tidak dapat mengingati langkah-langkah permainan ini lagi secara terperinci.

Saya harap saudara-saudari yang masih mengingatinya boleh membuat perincian lanjut menggunakan ruangan komen yang tersedia di bawah artikel ini.

Namun saudara-saudari perlulah mendaftar terlebih dahulu sekiranya belum, bagi membolehkan pengeposan komen yang berkaitan.

Kesudian saudara-saudari berbuat demikian besar maknanya untuk kebaikan generasi kadayan di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment