Wednesday, March 12, 2008

Hutang apa tu? - kan yang bapakak

Written by giin buagas


"Untuk giin buagas, duyan dan anak anak-anak bahauu kedayan yang hantap prasan pandai...” - anda boleh mengikuti teks penuh komen beliau di thread forum ini

DALAM adab berhujah, peringkat memanggil nama (name calling) merupakan suatu cabaran terbuka dan tidak akan dilakukan selagi mampu menahan perasaan.


Machiavelli "The Prince"

Jadi memandangkan nama saya yang disebut dengan terang benderang, saya haruslah menjawab dengan sedaya upaya.

Pertama sekali, saya bertanya dengan ikhlas. Berapa umur saudara? Agak-agak bunyinya macam pengundi saluran 1 ni, yang di bahagian warga emas atu pakah bah.

Hujah seperti ini memang sesuai di kampung tambah-tambah lagi untuk nenek saya.

Malah tak payah berhujah dengan mereka pun. Asak saja dengan saguhati mengundi RM30 macam biasa, tetap timbangan jadi pilihan.

Tapi rasanya begini, parti mempertaruhkan calon di setiap kawasan.

Calon mewakili parti HANYA semasa bertanding. TETAPI setelah menang, mereka adalah wakil SEMUA rakyat yang ada di kawasan berkenaan.

Kerajaan yang dibentuk juga adalah bertanggungjawab untuk semua rakyat, bukan hanya untuk penyokong parti mereka sendiri, meminjam kata Liau Kaawai – bapa tukang sangat kadayan.

Terus teranglah saya memang TIDAK pernah merasa terhutang budi kepada kerajaan dan para pemimpin mana jua pun.

Selain daripada dirasuahkan; segala biasiswa, subsidi, bantuan tu memang padan untuk diberikan semula kepada kita. Kalau hendak tahu, semua wang itu semua dikutip dari cukai pendapatan kita juga.

Jadi budi apanya yang hendak diungkit?

Sebaliknya mereka -- pemimpin-pemimpinlah yang terhutang budi dengan kita (rakyat).

Kita yang telah menabur budi dengan memilih mereka.

Itupun setelah dipujuk rayu secukupnya termasuk disogok dengan pelbagai janji serta saguhati mengundi.

Tanpa undi kita, mereka tidak akan jadi pemimpin, tidak akan membentuk kerajaan pun.

Lagi. Memandangkan kita yang telah memilih mereka, mereka bukanlah tuan (master) kita, tetapi hanya sebagai wakil (proxy).

Jadi, sampai bila otak kehamba-hambaan kita di Malaysia terus menjadi biut (meminjam kata Si Wajid Manis) menganggap si proxy sebagai master?

Kalah menang tu adat bertandinglah, apa nak risau. 3 1/2 tahun dari sekarang tetap tanding lagi.

Tapi yang pasti diperingkat nasional, sekarang ini bukan suatu masa untuk orang-orang BN bersuka ria. Keputusan pilihanraya kali ini mempamerkan kedudukan BN yang paling lemah sejak kita merdeka.

Sama-samalah kita tengok selama mana sebuah kerajaan persekutuan pertama tanpa kuasa majoriti 2/3 di Malaysia serta kehilangan kuasa di 5 negeri dan 1 wilayah persekutuan, akan mampu bertahan.

Hanya ada empat pilihan, satu pilihan sakit dan 3 pilihan bijak stail Machiavelli1 yang ada di tangan mereka ini sekarang.

Pilihan pertama merupakan pilihan sakit. Memerintah tanpa keupayaan menggubal undang-undang utama negara untuk lima tahun yang akan datang; ini tetap bukan pilihan para penganut Machiavelli.

Bagaimana dengan pilihan lain?

Terus teranglah. Ahli-ahli politik BN merupakan penganut Machiavelli yang tersohor sejak zaman berzaman lagi.

Ada, pilihan lain ada. Tiga pilihan berkenaan ialah:

* Membeli mana-mana lapan (8) YB dari parti lain untuk mencukupi majoriti 2/3 di parlimen.
* Mencari rakan sekongkol baru untuk terus berkuasa. Tidak mungkin DAP atau PAS. Pilihan yang paling mungkin ialah menarik semula PKR ke dalam UMNO, kerana mereka merupakan balingkasa yang sama sebelum bertukar warna dahulu.
* Pilihanraya semula, jika tiada kemajuan dicapai.


Sekasar-kasar saya, saya masih berusaha memahami mesej subtle Si Wajid di dalam Politik biut 10 (terakhir) tentang Hayam Lakinya.

Mengikut pemahaman saya (entah kan betul entahkan tidak, susah saya hendak faham cara berkias-kias ini), beliau dengan sinis menggambarkan bagaimana Machiavellian beasts bertindak pada masa yang terdekat.

"Sembelih hayam laki untuk mengamankan reban (Hayam laki HARUS aku korbankan - Wajid)" - ini sama dengan pendapat bekas PM kita, Tun Dr Mahathir beberapa hari yang lepas.

Jika tidak diantaranya mengikut si Wajid; masalah lompat melompat parti (huru hara reban) hampir mungkin berlaku!

Pandangan Wajid tidak sepatutnya dipandang ringan.

End Note.

1Niccolo Machiavelli (1469-1527). Baca siapa ia ani Juga link ini

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi KadayanUniverse.Com mengenainya - Kaawai Tanah.


Comments

giin buagas - Hayam muda mula bapakak |2008-03-14 14:33:36
Not to be seen as flaming, but as wajid manis predicted, the reban now started to be kelam kabut...

Check this

Former PM Mahathir's son calls on Malaysian PM to resign
Posted: 14 March 2008 1240 hrs

KUALA LUMPUR: Former premier Mahathir Mohamad's son on Friday revived calls for Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to resign after the ruling coalition's unprecedented election setback.

"I feel that Abdullah has to take responsibility for our losses and that the honourable thing to do is to withdraw," said Mukhriz Mahathir, who has written to the premier calling for him to quit.
Asia Pacific News channelnewsasia.com/stories/afp_asiapacific/view/334893/1/.html

Balingkatak - owang tuha |2008-09-21 23:50:29
Banaa tia nganya uja kamu atu, bah jaan tah batangkaa, macamani saja pendapat owang tuha atu banaa jua,pendapat owang muda atu pun luus jua, sekuang-kuangnya masing-masing maasa diee luus dangan salah..hehehe

No comments:

Post a Comment