Tinggalan Senibina Ibu Tamadun
Kali ini kita akan membincangkan tentang tinggalan yang terdapat di dalam senibina tamadun-tamadun dunia kuno dan terkenal, iaitu piramid. Piramid adalah dianggap sebagai salah satu daripada Tujuh Perkara Ajaib Di dunia.
Piramid Besar Giza
Sehingga kini, terdapat usaha untuk menyusuri hubungan di antara cerita-cerita rakyat dan catatan-catatan kuno mengenai banjir sehingga ke dasarnya iaitu Atlantis yang tenggelam. Ini kerana persamaan mengkagumkan yang diperolehi dari rekod-rekod yang diperolehi telah meyakinkan ramai orang bahawa cerita-cerita yang bertebaran ini sememangnya berpunca dari satu sumber, iaitu Ibu Tamadun.
Persamaan-persamaan yang terdapat di dalam umpamanya cara pembinaan piramid-piramid berkenaan serta penggunaan sistem tulisan fonetik yang biasa terdapat di dalam budaya orang-orang Atzec, Maya dan Inca di Amerika dengan tamadun Mesir dan Mesopotamia disebut untuk menyokong teori ini1.
Tidak dinafikan bahawa kemajuan sains dan teknologi yang terdapat di dalam Ibu tamadun adalah di tahap yang membanggakan. Di dalam siri 9 yang lepas, kita telah membincangkan tentang penjelajahan penduduk Ibu Tamadun dan pengetahuan mereka yang sangat maju di dalam geografi, pemetaan dan pelayaran.Adalah tidak mustahil bagi mereka menyedari tentang perubahan iklim yang berlaku di dalam persekitaran pada masa itu lama sebelum mala petaka sebenar datang melanda.
Bagi golongan yang berkemampuan, penjelajahan ke tempat lain, pembinaan petempatan-petempatan (outpost) di tempat-tempat lain merupakan satu perkara biasa. Lihat saja kelakuan orang-orang Barat di dalam kurun ke 15 dan ke 16 apabila mereka menjadi semakin maju, dan semakin subur apabila mereka berjaya melepaskan diri dari cengkaman gereja di era renaissance.
Apabila telah maju, gereja tidak lagi berkuasa, ketamakan pun timbul bersama-sama. Sentimen imperalisme mula bercambah dengan subur. Serentak itu outpost barat mula bertaburan. Ia bakalampaa di mana-mana, seperti El-Salvador – di Amerika Latin, Cape Town – Afrika Selatan, Goa – India, Batavia – Jawa, A Formosa – Melaka, (King) George Town - Pulau Pinang, Manila – Filipina dan lainnya, ke arah timur.
Bagi ibu tamadun pada masa itu kawasan seperti Mesir, Amerika dan Lembah Indus amat mungkin sekali adalah juga merupakan outpost sedia ada mereka. Apabila ditimpa oleh mala petaka dahsyat seperti yang sering diceritakan oleh penduduk dunia di mana-mana, penghijrahan ke tempat-tempat seperti ini adalah sesuatu yang telah diduga.
Titik Pertemuan Lagenda Purba Dan Kajian Moden Di Dalam Hal Tinggalan Senibina Ibu Tamadun
Sehingga sekarang ini, ahli-ahli akademik arus perdana masih menganggap cerita-cerita rakyat tidak bernilai dari segi sejarah. Mengikut mereka peranannya hanyalah sebagai suatu pendidikan moral dan penyimpan norma-norma masyarakat zaman berzaman.
Namun begitu apabila pencapaian teknologi kita yang semakin maju, semakin banyak kajian dilakukan untuk mengetahui kehidupan kita dengan lebih baik. Apa yang menarik, nampaknya ada titik pertemuan dari penemuan yang didapati dari kajian-kajian moden berkenaan dengan lagenda-lagenda rakyat yang bertebaran di mukabumi.
Piramid Khufu Di Bina Oleh Para Dewa
Berikut merupakan salah satu daripada aspek yang kita maksudkan. Apabila kita melihat mitos sejarah mengenai cerita asal-usul Piramid Besar (yang terletak di Giza), kita mendapati bahawa monumen ini tidak dihubungkan dengan mana-mana Firaun. Sebaliknya ia merupakan hasil binaan Dewa-Dewa kuno yang genius dan berpengetahuan tinggi.
Pelbagai Kronologi Para Pemerintah Lagenda (lihat Senarai Raja-raja di dalam siri 12) menetapkan tarikh minimum bagi Era Dewa-Dewa lebih kurang 10,000 SM. Ini juga tempoh yang digambarkan oleh Plato di dalam karya beliau iaitu Timaeus dan Critias3.
Dari kajian-kajian moden yang telah dijalankan, para pengkaji mendapati sesuatu yang mengejutkan. Tempoh ini jugalah yang telah dibuktikan di dalam kajian-kajian saintifik moden, yang mengalami gangguan-gangguan besar (ke atas) iklim, geologi dan geomagnetik, disertai dengan kepupusan besar-besaran paleo-biologi di planet bumi. Ia adalah merupakan titik penanda bagi Zaman Ais dan Zaman kini4.
Piramid Khufu di bina sebelum banjir besar 11,600 tahun yang lampau.
Di Mesir, ahli-ahli geologi yang mengkaji rekod fosil telah mendapati kesan gabungan pencairan glasier di Pergunungan Moon, ditambah dengan aras huruhara masap (precipitation) di Afrika Tengah, menyebabkan sungai Nil di dalam lebih kurang tahun 10,000SM melimpah beribu kali ganda. Kesannya telah meranapkan dinding cenuran dalam jarak berbatu-batu dari tebingnya sekarang ini dan menghanyutkan seluruh lembah di sepanjang Mesir5.
Di dalam tempoh yang sama, oleh kerana Laut Mediterranean mula melimpah dan arasnya meningkat kerana paras lautan yang semakin tinggi kerana glasier di sebelah utara mula mencair, untuk seketika airnya juga telah membanjiri bahagian hilir lembah Nil. Ahli-ahli geologi pasti, di dalam sejarah fosil (yang mereka kaji, tempoh) ini merupakan kejadian banjir utama yang terakhir di Mesir, sebelum laut kembali berundur dan Nil kembali surut di dalam aliran sekarang yang secara perbandingannya lebih aman6.
Namun, mereka tetap sukar memberi penjelasan wajar kenapa terdapat selapisan empat belas kaki lumpur (silt sedimen) di sekitar tapak (bukan di dalam tapak) piramid, satu lapisan yang juga mengandungi cengkerang-cengkerang laut, dan fosil lembu laut (sea cow), yang apabila ditetapkan tarikhnya melalui kaedah radiokarbon bertarikh 11,600 B.P. (Before Present) campur atau tolak 300 tahun7.
Ide mengenai Atlantis sebagai Ibu Tamadun dipelopori oleh Ignatius Donnelly, seorang ahli kongres Amerika Syarikat. Beliau juga buku yang laris dipasaran bertajuk “ATLANTIS: THE ANTEDILUVIAN WORLD” Buku ini diterbitkan untuk pertama kalinya pada tahun 1882.
Atlantis: The Antediluvian World
Cerita lagenda dan rekod-rekod sama-sama nenunjukkan fakta bahawa, sebelum orang-orang Arab menanggalkan batu-batu lapisan luar, seseorang boleh melihat takat tanda air di atas batu pertengahan menuju kemuncak piramid, lebih kurang pada ketinggian 240 kaki. Ketinggian takat ini merupakan 400 kaki dari paras semasa sungai Nil8.
Ahli sejarah Arab zaman pertengahan Al-Biruni, mencatatkan di dalam journal beliau bertajuk Kronologi Kerajaan-kerajaan Purba mencatatkan
"Orang-orang Parsi dan masyarakat hebat Magian mengaitkan bahawa masyarakat di arah barat, apabila diperingatkan oleh cendikiawan mereka, telah mengarahkan pembinaan Piramid-piramid Raja dan Giza. (Tanda) air banjir besar dan kesan gelombang masih kelihatan pada bahagian pertengahan piramid-piramid yang tidak ditenggelami”. (Tanda) air banjir besar dan kesan gelombang masih kelihatan pada bahagian pertengahan piramid-piramid yang tidak ditenggelami”9.
Sebagai tambahan kepada pemerhatian ini, apabila piramid dibuka untuk pertama kali, terdapat kelompok pembentukan garam setebal satu inci di dalamnya dan sebahagian daripadanya serupa dengan kandungan galian yang diperolehi dari laut10.
Jadi, semasa berlaku banjir pra-sejarah, pintu masukan yang diketahui dan tidak diketahui telah dimasuki oleh air laut yang kemudian telah meluwap dan meninggalkan garam. Kedudukan di mana garam ini diperolehi adalah selari dengan keadaan piramid yang separa tenggelam11.
Jadi, jika kejadian banjir pada tahun 10,000SM merupakan petaka air yang terakhir di Mesir, dan piramid berkenaan telah menunjukkan kesan yang diakibatkannya, ini bermakna piramid semestinya bertarikh dari tempoh sebelum banjir terjadi12.
Kesimpulannya, Mesir mungkin sekali merupakan antara outpost Ibu Tamadun yang telah yang hilang, Atlantis orang Kadayan.
Akan datang. Piramid Di Sana Sini
Endnote:
1Sudheer Birodkar, 2006.
2Jochmans, J.R., 1996.
3Ibid.
4Ibid.
5Ibid.
6Ibid.
7Ibid.
8Ibid.
9Ibid.
10Ibid.
11Ibid.
12Ibid.
Reference:
1. Sudheer Birodkar, 2006. Hindu Beliefs and Folklore - Pralaya, Kalki, Satyuga and Kaliyuga, Swarga and Narka, and Surya Grahana by Sudheer Birodkar. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.hindubooks.org/sudheer_birodkar/hindu_history/satyuga.html
2. Jochmans, J.R., 1996. How Old Are The Pyramids? By Joseph Jochmans. Excerpt from "Time Capsule: The Search for the Lost Hall of Records in Ancient Egypt," . Alma Tara Multi-Versity, P.O. Box 10703, Rock Hill, SC 29731. By Joseph Robert Jochmans, 1997. Accessed on 12 Oct 2007. http://www.atlantisrising.com/issue8/ar8pyramids.html
No comments:
Post a Comment