Tuesday, March 4, 2008

Wawasan BN untuk Sindumin

Written by Andang Oang Pantai


Wawasan Barisan Nasional -BN untuk Sindumin

BN mempunyai wawasan untuk rakyat dan kawasan Dewan Undangan Negeri Sindumin. Calonnya berazam untuk mengubah wajah daerah Sipitang menjadi daerah pertanian yang aktif dan berkembang maju sekiranya terpilih kelak.


Undilah Untuk Malaysia

Pada Pilihanraya Umum Kali Ke 12 ini, Barisan Nasional melalui parti UMNO telah mengemukakan muka baru untuk kawasan N28 Sindumin iaitu Tn Hj Ahmad bin Hj Bujang.

Beliau mempertahankan kerusi BN yang sebelum ini disandang oleh Datuk Sapawi Hj Ahmad yang berpindah bertanding di kawasan Parlimen Sipitang.


Wawasan BN untuk menjadikan Sindumin sebagai daerah pertanian yang maju.


Untuk rekod, Datuk Sapawi merupakan ADUN bagi kawasan Sindumin apabila beliau menang pada tahun 2004 mengalahkan calon bebas pada masa itu, Tn Hj Ramlee Dua dengan majoriti 1,668 undi.



Tn Hj Ahmad, berpengalaman luas di dalam perladangan terutamanya Koko, Kelapa sawit dan pembalakan


Tn Hj Ahmad, 56, berpengalaman luas di dalam bidang perladangan koko di samping bidang pembalakan terancang serta hal-ehwal penyelidikan tanaman kelapa sawit. Di negeri ini, beliau terbabit langsung di dalam bidang pembalakan dan tanaman-tanaman komersial berkenaan selama lebih dari 20 tahun.

Terdahulu dari itu beliau merupakan kakitangan kerajaan selama dua tahun. Beliau bertugas sebagai pegawai penyelidik dengan Pusat Penyelidikan Jabatan Pertanian Sabah di Tenom dari tahun 1981-1983.

Beliau beralih angin ke sektor swasta dengan menyertai Sabah Plantation Sdn. Bhd (1983 – 1997) dan mendaki tangga karier sehingga menyandang jawatan Pengurus Besar syarikat itu.

Beliau kemudian bekerja dengan sebuah lagi syarikat perladangan iaitu TSH Forestry Sdn. Bhd (1997 – 2001).

Sejak dari tahun 2001 beliau bekerja sendiri.

Menyentuh mengenai karier politik, Tn Hj Ahmad mula serius di dalam dunia politik melalui parti UMNO sejak dari tahun 2002.

Selain dipilih menjadi Calon Barisan Nasional / UMNO untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Sindumin, beliau adalah juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO P178 Sipitang.


Datuk Sapawi Hj Ahmad telah banyak berusaha untuk rakyat Sindumin


Bagi Tn Hj Ahmad Hj Bujang, Datuk Sapawi Hj Ahmad telah banyak berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan Sindumin selama beliau menjadi ADUN di kawasan berkenaan.

Oleh itu beliau berazam untuk meneruskan pergerakan pembangunan yang sedia ada di kawasan berkenaan dengan sedaya upaya jika terpilih nanti.


Artikel ini merupakan pandangan peribadi pengarang dan tidak semestinya menggambarkan pandangan rasmi KadayanUniverse.Com mengenainya – Kaawai Tanah.


Comments


Anak Kedayan - Wawasan pemimpin |2008-03-06 21:50:20
Macam ujangku di forum, wawasan pamimpin diperingkat daerah ani tertakluk kepada framework di peringkat nasional. Ia ukan kan di wawas wawas akan suka-suka hati nulis jamu... ada yang payah mun sudah maintah, andang ku padah akan.

Haji ani picaya ku, andang jalama usai daii biani.

Mun diucap inda bapangalaman, putih jua sudah aambutnya, 56 tahun sudah.

Mahir jua sipak taajang, masaaii jadi pengarah bah... inda jua kasalahan mun diundi manang akan ya


cangkie cawie - bana ujamu liau.... |2008-03-07 10:07:30
bana ujamu liau....

bau nya yang sampai kamaii ani, kakal wangi jamu...

mun babisnes pun busnes yang usai ku dangaa... mbawa dangan umrah, haji --- antah tu yah, si tabau yang labih tahu.

jadi dapat jua dihandat-handat akan neh... mudahan tah

bah undi tia liau atu!!!

No comments:

Post a Comment