Monday, March 10, 2008

Atlantis 15: Atlantis, Polynesia & Injil

Written by Codec Cadaianicus



Catatan-catatan dari Polynesia, Hebrew dan Celtik Mengenai Ibu Tamadun


Kependudukan di Lingkaran Pasifik dan Pasifik, adalah merupakan urusan yang sangat sukar dengan masukan puak-puak bercampur baru dari tamadun purba di Asia, Amerika, Afrika dan Mediterranean.



Catatan Polynesia Mengenai Atlantis

Kelihatannya tamadun purba di India, Asia Tenggara, Amerika Selatan dan Carribean adalah lebih purba dan lebih besar dari apa yang boleh dibayangkan oleh seseorang. Kebanyakan daripada bukti-bukti ini (masalahnya) terlantar bermeter-meter di bawah sedimen dan batu karang1.

Orang-orang Polynesia menyebutkan mengenai Hawaiki, pulau besar atau benua ke arah barat melangkaui lautan (Pasifik). Hawaiki dikatakan merupakan tanahair mereka yang musnah, di Indonesia (baca: Pentas Sunda), dan dipastikan merupakan firdausi sebelum ia dimusnahkan oleh mala petaka gunung berapi2.


Mala petaka ini menenggelamkan sebahagian besar tanahnya, dan melemaskannya dengan lahar dan asap. Kemusnahan Hawaiki terjadi semasa peperangan besar, sama seperti kes Atlantis. Tinggalan Hawaiki, firdausi Polynesia, bersamaan dengan Hades atau Neraka, seperti yang disebut di dalam lagenda Greek atau lainnya3.

Adalah menarik untuk disebutkan bahawa di dalam tradisi sebelah barat, syurgawi dan tinggalannya terletak di sebelah timur dan kawasan “Orient”, sedangkan di sebelah Timur Jauh dan Oceania, arah yang sebaliknya dikatakan betul, maksudnya terletak ke arah barat dan bertentangan. Dengan kata lain, tradisi sejagat bersetuju bahawa syurgawi dan kenangan nerakanya terletak di kawasan tidak lain tidak bukan di Indonesia (baca: Pentas Sunda) yang merupakan “Pusat Dunia **Navel of the world**” yang sebenar4.


Siri 11 dan 12 yang sebelumnya, serta siri ini menggunakan beberapa bukti hasil kajian Prof Dr. Dos Santos, Brazil



Catatan Yahudi Mengenai Atlantis

(Atlantis seperti yang tercatat di dalam kitab keagamaan Hebrew)





Idea banjir bukanlah khusus kepada tradisi India. Ia juga ditemui dengan jelas di dalam ajaran Yahudi dan Kristian sebagai bah (deluge – seperti yang terjadi apabila Nabi Nuh menggunakan bahteranya untuk menyelamatkan semua spesis hidupan)5.

Berdasarkan kitab Injil, akan ada suatu masa apabila manusia jatuh ke lubuk kehinaan dan kejahatan akan bermaharajalela. (Di masa begini) Tuhan merasakan perlu untuk campurtangan dan membersihkan manusia dari pengaruh kejahatan. Dia telah menurunkan banjir sebagai balasan ** bandingkan dengan sinopsis Critias oleh Plato mengenai tindakan Zeus **6.

Terdapat ayat ganjil yang sering menjadi teka-teki terpampang di awal kitab Injil Yahudi yang berbaloi dilihat pada tahap ini. Di dalam buku Kejadian (Genesis) seseorang boleh menjumpai surah berikut: "Dan tiba suatu masa, apabila manusia mula berkembang biak di muka bumi, dan anak-anak perempuan dilahirkan bagi mereka, dan anak-anak lelaki Tuhan menyedari kejelitaan anak-anak perempuan berkenaan; dan mereka jadikan isteri bagi siapa-siapa yang mereka pilih... "7.

"Terdapat juga raksaksa (Titan) di muka bumi pada masa itu; dan juga masa selepasnya, apabila anak-anak Tuhan mendatangi anak-anak perempuan manusia, dan mereka melahirkan anak bagi mereka, yang kemudian menjadi manusia perkasa (wira) seperti yang diisytiharkan di masa lampau, manusia yang dihormati." (Genesis 6:1-2,4)8.

Secara amnya, keadaan di dalam kedua-dua ayat diatas itulah juga bagaimana Plato menggambarkan bagaimana kejadian orang-orang Atlantis. (Perlu juga diingat bahawa Hesiod menggelar Raksaksa (Titan) sebagai “anak-anak syurga”). Malah rekod Yahudi ini mengandungi rujukan mengenai “pencemaran” elemen suci dengan manusiawi" "Dan Tuhan berkata, rohKu tidak seharusnya bersama-sama Manusia, kerana dengan itu dia juga merupakan daging" (ayat 3), selepas dimana manusia telah berkembang biak menjadi sangat durjana dan akhirnya telah dimusnahkan oleh banjir9.

Dua ayat (di atas dan satu lagi yang akan kita bincangkan ini merupakan ayat-ayat) yang paling mengejutkan (dan salah diterjemah) di dalam Perjanjian Lama mungkin berkaitan dengan Atlantis. Ayat berkenaan ditemui di dalam Book of Job, dan di dalam Versi King James yang dihormati ia berbunyi begini: “Benda-benda mati dibentuk dari dalam air, dan semua penghuninya. Neraka diperlihatkan kepadanya dan, kemusnahan tidaklah tersembunyi .” (Job 26:5-6)10.

Di dalam bahasa asalnya, perkataan pertama di dalam ayat berkenaan adalah perkataan Yahudi Rephaim, yang merujuk kepada keturunan Repha! Dengan kata lain, ini merupakan rujukan langsung kepada anak-anak Raja Cronos – Raksaksa (Titan) yang dihormati di dalam mitologi Greek. Katabuat di dalam bahasa Hebrew yang bermaksud “dibentuk” patut diterjemahkan sebagai “bergegar” atau “kesakitan”. Perubahan makna yang besar! Satu terjemahan moden yang berpengetahuan sewajarnya berbunyi begini: “Raksaksa bergoncang di dalam air beserta para penghuni yang lain. Neraka diperlihatkan kepadanya, dan kemusnahan tidaklah disembunyikan” (Job 26:5-6)11.

Dr. James Moffett (1922) dari Oxford University adalah sangat puitis di dalam perluahan beliau menggambarkan ayat berkenaan. Tidak syak lagi beliau dapat menangkap apa yang hendak dikatakan oleh ayat berkenaan: “Di hadapanNya raksaksa primitif kesakitan, di bawah lautan yang memenjara mereka; dunia dalam air terbuka kepada pengelihatannya, wilayah dasar terbuka dari persembunyian”(Job 26:5-6)12.

Saya13 tidak tahu apa lagi jika tafsiran diatas bukan merujuk kepada Atlantis. Dewa Zeus merupakan pemenang peperangan (memimpin dewa-dewa Olympian menentang Cronos dan Raksaksa (Titan), lalu memenjarakan mereka di dasar lautan (Oceanos, yang sekarang ini kita panggil sebagai Atlantik). Yahweh, karekter Habrew yang bersamaan dengan Zeus, dikatakan mampu melihat penutup (dalam air) dan melihat “kemusnahan” seolah-olah ia terbentang dihadapannya. Tartaros merupakan nama Greek bagi penjara dalam air ini (diterjemahkan sebagai “neraka” di dalam II Peter 2:4 di dalam Perjanjian Baru) tetapi istilah ini tidak digunakan di dalam teks Hebrew kerana ia bukan perkataan Hebrew14.


Catatan Bangsa Celt Mengenai Atlantis

Di dalam Mabinogion, Buku asal-usul bangsa15 menyatakan bahawa orang-orang Celt pada asalnya datang daripada “pulau Defrobani, Negeri musim panas dan tanah orang-orang Cimmeria”.

Perhatikan, “Defrobani” hanya boleh dirujuk kepada pulau Taprobani, seperti yang dirumuskan oleh banyak pakar. Taprobane – yang disamakan oleh para pengarang purba sebagai syorgaloka dan kejatuhan Nabi Adam – tidak lain dan tidak bukan daripada pulau Sumatra (baca: pentas Sunda) yang sebenarnya merupakan tapak Atlantis16.

Begitulah meluasnya persamaan tradisi, catatan-catatan budaya dan keagamaan yang menyentuh soal tamadun iaitu Atlantis sejauh yang kita bincangkan dari sebanyak enam siri yang lepas (siri 10 – 15). Sudah tentu, perbincangan kita ini hanya meliputi sebahagian kecil dari cerita yang terdapat di seluruh dunia mengenai hal yang sama.

Bukanlah sesuatu yang aneh jika misalnya, saya mencadangkan bahawa tapak Atlantis ini adalah di kawasan kita, kerana alasan-alasan tersendiri. Apa yang lebih menarik ialah kerana gagasan berkenaan dikemukakan oleh orang luar, terutamanya orang-orang barat sendiri hasil kajian mereka yang mengambilmasa bertahun-tahun. Sudah tentu, setakat cerita sahaja tidak menjamin kebenaran sesuatu perkara. Oleh yang demikian, pada artikel yang akan datang kita akan membincangkan mengenai tinggalan-tinggalan senibina yang diasaskan oleh keturunan orang Kadayan di masa lampau.


Akan Datang: Atlantis Kadayan 16: Tinggalan Senibina Ibu Tamadun.


Endnote:

1Childress, D.H, 2007.

2Dos Santos, A.N., 1997.

3
Ibid.


4
Ibid.


5Sudheer Birodkar, 2006.

6TheMystica.Com, 2006.

7Leonard, C., 2006.

8Ibid.

9Ibid.

10
Ibid.


11
Ibid.


12
Ibid.


13
Ibid.


14
Ibid.


15
Celtik. Bangsa Caucusia yang menetap di bahagian barat laut Asia


16
Dos Santos, A.N., 1997.



Reference:


1. Sudheer Birodkar, 2006. Hindu Beliefs and Folklore - Pralaya, Kalki, Satyuga and Kaliyuga, Swarga and Narka, and Surya Grahana by Sudheer Birodkar. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.hindubooks.org/sudheer_birodkar/hindu_history/satyuga.html


2. TheMystica.Com, 2006. Atlantis: the Myth. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.themystica.com/mystica/articles/a/atlantis.html Sources: 16, 17.

3. Leonard, C., 2006. ECHOES OF ATLANTIS. Myths and Traditions of Ancient Lands by R. Cedric Leonard. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.atlantisquest.com/Myth.html

4. thothweb.com, 2005. Atlantis: the Andes Solution: Ancient History. Posted on Friday, December 16, 2005 (CST) by Thoth. Accessed on 03 Aug 2006. http://www.thothweb.com/index.html

5. Dos Santos, A.N., 1997. CORROBORATING EVIDENCE ON THE REALITY OF ATLANTIS by Prof Dr. Arysio Nunes dos Santos. Accessed on 17 Jan 2007. http://www.atlan.org

6. unxplained-factor.com, 2006. Introduction to Atlantis. Accessed on 22 Nov 2007. http://unxplained-factor.com/index.htm


7. user.on.net, 2006. Accessed on 12 Jul 2006. http://users.on.net/~mkfenn/page10.htm
8. Childress, D.H., 2007. Top Ten Ancient Civilizations With Advanced Technology by David Hatcher Childress. Accessed on 28 Aug 2006. http://www.atlantisrising.com/issue1/ar1topten.html

No comments:

Post a Comment