Friday, April 4, 2008

Aku Oang Daat - Part 2

Written by kalajiau ingaa

Senapang Buluh
INI merupakan antara permainan yang kami paling gemari semasa kecil.
Senapang buluh merupakan alat permainan yang ringkas.
Senapang buluh image
Seperti namanya, ianya diperbuat dari seruas buluh yang panjangnya dipotong mengikut keperluan si pembuat. Namun panjang laras senapang yang biasa adalah lebih kurang sekaki.
Terdapat tiga komponen peralatan senapang buluh iaitu laras, gandar pengepam (dipanggil gucuh) dan hulu.
Buluh temiang paling baik untuk tujuan ini.
Boleh dikatakan ia merupakan sejenis “pump-gun” tradisional yang berkuasa rendah.
Gucuh biasanya juga diperbuat dari buluh (buluh biasa yang lebih tebal kulitnya) diraut kerana ia lurus dan boleh dibentuk bulat dengan senang.
Sekali imbas ia kelihatan seperti pam tangan basikal.
senapang buluh 2
Hulu senapang panjangnya lebih tiga inci atau kurang. Dan biasanya melibatkan bahagian yang mengandungi ruas untuk berfungsi menopang gucuh dengan baik selain dari senang untuk digenggam.
Selain dari untuk digenggam, hulu ini penting untuk membolehkan peluru senapang dipupuh terlebih dahulu sebelum di asak jauh ke dalam laras.
Mudah untuk senapang yang telah siap dioperasikan. Sebiji peluru diasak terlebih dahulu. Ia dipupuh rata rata supaya muat-muat memenuhi lubang laras sehingga ia menjadi spara kedap ruang udara. Peluru kedua juga diisi menggunakan metod yang sama. Oleh kerana ia dipupuh rata rata, kedua-dua peluru berkenaan akan memenuhi ruang laras. Udara terperangkap di antara peluru pertama dan kedua.

Kemudian, batang gucuh ditekan secara mengejut menyebabkan peluru pertama melantun keluar akibat tekanan udara yang berkenaan.
Terdapat dua bahan yang sesuai untuk dijadikan peluru, putik jambu atau daun ubi yang digumpal. Jambu lebih digemari kerana lantunan dan impaknya lebih kuat. Juga lebih sakit jika terkena.
Permainan ini merupakan permainan berpasukan. Jadi ia jauh lebih baik daripada 'berperang' menggunakan 'senapang dan bom mulut'. Jika 'berperang' hanya menggunakan bunyi mulut, alamatlah ada kes 'musuh-musuh' Jerman tegar yang tidak mahu 'mati' walau telah 'ditembak' dan 'dibom' bertalu-talu.



Comments



A.S. Kasah - Piluu Sinapang Buluh |2008-04-04 20:55:17
Batah sudah ku inda bamain sinapang buluh. Yang inda kau ista pasal piluunya. Saingat-ingat ku aie diee damit mulanya, piluu yang paling baik ialah kaatas basah digumpal-gumpal jadi bulat. Baik jamu latupnya tu.

Mbuat caita lagi lai pamainan-pamainan kanak-kanak Kadayan mulanya. Aku inda ku baapa ingat. Yang biaksa tu bagasing, bakikik, badil buluh, bagalau, badil buluh macam yang kau ista atu, tuha-tuha anie inda lagi diee baapa takanang. Keep it up.

1 comment:

  1. haha..memory..Air Gun kanak2..kediaku pakai biji bunga kuning.bahau kebalasan..padas kli ah..paling kuang pakai kaatas di basahi pakai mulut..lagi bnyk ulih..

    ReplyDelete