Written by Arimi Sidek
Perkara ini sentiasa dipersoalkan. Malah ia sentiasa timbul dari semasa ke semasa. Terbaru ia dikemukakan oleh seorang pembaca yang perihatin melalui email. Saya pasti ini merupakan persoalan jujur tanpa prasangka.
Tujuannya, mengenali sebutan berdasarkan akar bahasa (linguistics) dan mencari ejaan yang paling tepat untuk nama bangsa kita.
Pada hemat saya, KADAYAN merupakan ejaan yang terbaik.
Ada baiknya persatuan-persatuan kedayan di Sabah, Sarawak dan Brunei meluluskan resolusi mengenai perkara ini di dalam mesyuarat agung tahunan mereka. Dengan ini akan adalah pula rujukan kita di masa yang akan datang.
Tindakan susulan yang selebihnya ialah dengan memaklumkan pihak berkuasa mengenai “K-A-D-A-Y-A-N” sebagai ejaan rasmi yang diterimapakai oleh masyarakat kadayan.
Tetapi, pada hemat saya juga, selagi ejaan yang paling popular iaitu KEDAYAN tidak terlalu mencacatkan, lebih baiklah ianya dibiarkan begitu saja.
Variasi ejaan tidak akan membawa kita ke mana mana pun kecuali perbincangan yang meleret-leret mengenainya.
Ini kerana variasi ejaan apabila telah timbul, amat sukar dihapuskan. Semua variasi akan dirujuk dan diguna oleh orang yang berlainan, pada tempat yang tidak sama dan masa yang berbeza.
Berikut merupakan contoh-contoh variasi ejaan yang tidak mampu diselesaikan sekalipun oleh ahli-ahli linguistik dan Dewan Bahasa dan Pustaka hingga ke saat ini.
Bajau Suluk, Bajo Suluk, Suluk Badjo.
Bisaya, Bisayah.
Dayak, Daya, Dyak.
Idahan, Idaan, Ida'an.
Irranun, Illanun.
Kedayan, Kadayan.
Lundayeh, Lundayah, Lun Dayeh, Lun Dayah, Lundaya.
Melanau, Malanau.
Tidong, Tidung.
agama, ugama, igama (igama dah hampir hapus penggunaannya).
bumiputera, bumiputra.
Johor Baharu, Johor Bahru, Johor Baru.
Sungai Petani, Sungai Patani, Sungei Patani.
Variasi atau perubahan nama adalah lebih senang diterima jika melibatkan pertukaran yang lebih nyata, kerana minda kita lebih jelas mengenainya.
Contoh:
Burma menjadi Myanmar.
Peking menjadi Beijing.
Kwangtung menjadi Guangdong.
Jadi? Tepuk dada tanya selera.
Di kadayanuniverse.com, kami terpaksa menggunakan kedua-duanya untuk tujuan strategik. Dengan berbuat begini, kami berharap enjin pencari akan mendaftarkan “kadayan” dan “kedayan” sebagai keywords laman web kadayanuniverse.com, tidak lebih dari itu.

No comments:
Post a Comment