Lagi Mengenai Piramid
Ramai penulis memberikan sudut pandangan yang berbeza berdasarkan pemerhatian yang telah mereka lakukan ke atas monumen-monumen yang dikelaskan sebagai sebagai piramid di seluruh dunia.
Angkor Wat
Adalah merupakan suatu konsensus bahawa teknologi senibina yang berkemahiran tinggi adalah diperlukan untuk membina monumen berkenaan.
Tetapi apa yang menarik ialah sesetengah dari mereka berpendapat bahawa hasil kemahiran ini turut di sembunyikan di dalam sifat monumen berkenaan. Apabila diteliti, kod-kod tersembunyi ini boleh diterjemahkan semula berdasarkan teknologi kita.
Setakat ini misteri tentang apa tujuan sebenar monumen raksaksa seperti ini dibina masih tetap merupakan suatu misteri yang tidak bakal terungkap di dalam masa yang paling terdekat ini. Namun, teka-teki kecil mengenai sifat sifat monumen sebagai pembawa mesej dari peradaban kuno, Atlantis orang Kadayan nampaknya perlahan-lahan tersingkap.
Paling tidak, terdapat mesej utama monumen berkenaan memberitahu kedudukan di mana mereka terletak di dalam longitud dan latitud yang paling tepat. Selain itu ia juga memberitahu tentang kedudukan piramid yang terbesar di dunia iaitu Piramid Besar Giza yang telah kita bincangkan sebelum ini.
Kukulkan Pyramid
Laura Lee1 mengira secara mudah; empat buah tangga, empat sudut, 365 anak tangga, dan sembilan teres di Piramid Kukulkan di Amerika Selatan,apabila didarab akan menghasilan jumlah 52,560. Ada yang pelik mengenai angka ini. Apabila diterjemahkan di dalam bentuk longitud ia menunjukkan kedudukan arah barat Piramid Besar di Giza (119° : 42' = 10.51620648")2.
CuiCuilCo Pyramid
Sementara itu Piramid Cuicuilco di Mexico City merupakan satu-satunya piramid yang berbentuk bulat sepenuhnya di seluruh Mexico. Sebab kenapa ianya berbentuk sedemikian ialah bagi menyatakan longitud di mana ia terletak. Letaknya ialah 360° dari : 19° : 18' = 01.05263157894" Utara. Kedudukan latitudnya merupakan gandaan kepada bentuk 360 darjahnya3.
Uxmal Pyramid
Piramid Ahli Sihir di Uxmal, Mexico – menurut lagendanya dibina oleh ahli sihir di dalam satu malam. Piramid ini merupakan satu-satunya piramid empatsegi sama yang pernah dibina oleh orang-orang Maya. Empat segisama berjumlah 360 = 129,600 (: 120° : 54' = 20.000" ) juga menunjukkan arah barat Piramid Besar Giza4.
Seneferu Bent Pyramid
Ramai pengkaji berpendapat Piramid Bengkok Seneferu di Dahshur, Mesir adalah merupakan piramid tidak sempurna yang berpunca dari kesilapan kejuruteraan. Hakikatnya, bentuk bengkok ini apabila diterjemahkan dalam bentuk longitud geografi menunjukkan lokasinya sendiri, letaknya sebenar di mukabumi5. Pendapat ini adalah berasaskan pemerhatian ke atas ciri-ciri piramid berkenaan iaitu:
a) Tapak piramid empat segi merupakan 90-darjah sudut kanan, 90° x 4 penjuru = 360°
b) Terdapat sembilan ciri-ciri melampau monumen ini.
c) Memandangkan ianya berbentuk bengkok, piramid ini menjadi berbelah lapan berbanding dengan piramid biasa yang mempunyai empat. Empat di bahagian bawah dan empat lagi di bahagian atas yang terbengkok.
Apabila dikira secara persamaan matematik 360° x 9 x 8 = 25,920 (: 29°: 47' = 19.016" Latitud Utara). Dari kedudukan ini, para pengkaji mendapatkan longitudnya seperti berikut secara terbalik: 25,920 : 2 : 8 : 9 = 180 (: 00° : 04 = 45.00000"). Kedudukan ini disahihkan oleh peta moden kita; Piramid Bengkok adalah terletak betul-betul di 00-darjah, 04 minit dan 45.00000 saat ke arah timur Piramid Besar Giza6.
Jelas sekali, hubungan antara piramid-piramid di seluruh dunia dengan Piramid Giza memang ada. Tetapi tentang hubungan yang bagaimana, tiada siapa yang mengetahuinya sehingga kini. Segalanya cuma dapat disimpulkan sebagai suatu kemungkinan. Mungkin Mesir merupakan suatu outpost Ibu Tamadun yang penting. Mungkin outpost ini terlibat di dalam perancangan penghijrahan besar-besaran di dalam usaha menghadapi mala petaka. Mungkin juga para pemimpin-pemimpin dan golongan berpengaruh Ibu tamadun dirancang untuk berpindah ke sini dan sempat berpindah secara berperingkat-peringkat ke kawasan ini dan para penghijrah di kawasan lain mula menyelaraskan Giza sebagai kiblat mereka.
Endnote:
1Munck, C., 1997
2Ibid.
3Ibid.
4Ibid.
5Ibid.
6Ibid.
Reference:
1. Munck, C., 1997. The Code of the Ancients by Carl Munck, is borrowed from Atlantis Rising, Issue #12 (Summer '97). Accessed on 12 June 2007. http://www.atlantisrising.com/issue8/ar8pyramids.html
No comments:
Post a Comment