Thursday, April 3, 2008

Atlantis Kadayan 17

Written by Codec Cadaianicus


Tujuh Keajaiban Purba: Piramid Di Sana Sini


Satu daripada keajaiban utama piramid ialah ianya dibina di merata tempat di dalam dunia. Piramid tidak terhad kepada keistimewaan Mesir sahaja. Keajaiban lain ialah, bentuk-bentuk piramid kelihatan seolah-olah mengilhami rupa monumen lain.



Giza Three

Hasilnya binaan-binaan ini seperti merujuk suatu sumber yang sama. Persamaan ini merupakan satu teka teki yang belum terjawab sehingga ke hari ini. Sumber yang paling disyakki ialah Ibu tamadun, Atlantis bagi orang-orang Kadayan.


Ciri-ciri Serupa Senibina Kuno Merujuk Kepada Ibu Tamadun

Di dalam kajiannya yang bermutu mengenai piramid-piramid orang Mexico dan Kampuchea W. Mueller1 telah melakukan pemerhatian yang penting. Ahli arkeologi Jerman ini mencatatkan bahawa piramid-piramid mempunyai beberapa ciri yang yang selalunya di dapati di mana-mana sahaja monumen misteri ini ditemui.



Angkor Wat

Secara amnya ini termasuklah:

1. Tembok keliling, mengekori sepanjang Empat Arah Utama.

2. Rumah Ibadat kecil di atasnya.

3. Jalan-jalan masuk di sepanjang Arah Utama, membentuk palang.

4. Suatu tasik atau dam yang dirujuk sebagai “lautan”, dan mengelilingi piramid, menjadikannya sebagai sebuah pulau2.


Piramid Menerangkan Kosmos Ibu Tamadun

Dengan beberapa perbezaan kecil, piramid-piramid Mesir juga mematuhi paradigma ini. Ini terutamanya yang pertama di antara mereka yang telah dibina oleh Raja Zozer. Bagi Mueller skima ini berhubungkait dengan konsep kuno mengenai kosmos. Bumi adalah dianggap sebagai pulau atau gunung yang tumbuh dari perairan azali. Di dalam kosmogoni Mesir, skima ini berhubungkait dengan Tatenen, iaitu gunung azali yang melonjak dari perairan Nun, iaitu Jurang Azali3.

Manakala di dalam pengertian Hindu pula, gunung ini adalah Gunung Suci yang dinamakan sebagai Gunung Meru Ia adalah tumbuh dari perairan Lautan Azali. (Primeval Ocean). Dengan lebih tepat lagi, ia merupakan geometri suci bagi Atlantis.

Hubungan di antara piramid-piramid Mexico, Mesir dan Kampuchea, yang terletak hampir bertentangan di antara satu dengan lain, mengesahkan suatu persejagatan, dari itu, merupakan suatu pernyataan kehebatan orang-orang Atlantis di masa lampau4.


Elemen Petaka Ibu Tamadun Di dalam Piramid

Graham Hancock dan Santha Faiia (isteri beliau yang juga merupakan seorang jurugambar) di dalam buku “Heaven’s Mirror” berpendapat bahawa kedudukan banyak kuil-kuil yang yang dihubungkan dengan kompleks Angkor adalah membentuk Buruj Naga (Constellation Draco)5 sebagaimana ianya kelihatan di angkasa pada lebih kurang 10,500SM6.

Laman Kuil Kalasasaya di bandar Tiahuanaco di Bolivia pula didapati adalah dilaraskan dengan peredaran matahari terbit dan terbenam pada 10,000SM yang lalu. Rumusan ini ditentukan dengan memeriksa pergerakan lambat matahari merentasi kitaran 41,000 tahun yang dipanggil sebagai “Obliquity of the Ecliptic"7.


Tinggalan Senibina dan Kosmos Ibu Tamadun

Prof. José Alvarez Lopez (El Enigma de las Piramides, Buenos Aires, 1978) di dalam kajian beliau secara mendalam mendapati adanya hubungan di antara piramid dengan “cosmogonic hierogamy”. Sebagai contoh di sudut tembok barat laut Angkor terdapat inskripsi sanskrit yang berbunyi

“Angkor adalah pengantin muda kepada Raja, yang baru sahaja membawanya pulang, membara dengan keghairahan, dan dipakaikan dengan laut”8.

Pernyataan indah berpuitis ini adalah amat selari dengan “Book of Revelation”, di mana Jerusalem Suci digambarkan menggunakan istilah serupa, sebagai pengantin bagi para domba Raja Bandar yang tidak lain tidak bukan adalah merupakan kota Atlantis sendiri.

Malahan, imej-imej luarbiasa ini diambil secara langsung dari Ramayana, bagi melambangkan Lanka, yang bakal dihancurkan oleh Rama dan Sang Hanuman. Perkataan “dipakaikan dengan laut” di dalam pakaian putih yang secara ritual dipakai oleh pengantin perempuan sehingga kini. Hakikatnya ia merujuk kepada tamsilan Banjir yang telah melemaskan ibukota empayar seduni Ravana9.


Sejak buku “ATLANTIS: THE ANTEDILUVIAN WORLD” diterbitkan pada 1882 sehingga kini, terdapat lebih dari 2,000 buku dan bahan penerbitan lain diterbitkan di serata dunia tentang Atlantis.



Atlantis: The Antediluvian World


Persamaan Warna Binaan Piramid

Prof. José Alvarez Lopez juga telah menyatakan tentang hubungan pasti di antara piramid Amerika dengan mitos orang Atlantis, yang juga telah dicatatkan oleh ahli arkeologi Russia seperti Jaguemeister dan lainnya. Umpamanya, seorang harus memerhatikan bagaimana piramid-piramid Mesir terutamanya menggunakan tiga warna batuan dengan amat berleluasa; limestone putih dari Tura dan Mokatan, granite merah dari Aswan dan batu hitam dari Sinai dan kawasan lain10.

Tiga warna batuan ini, yang diangkut dengan jerih payah dari jarak yang panjang, bertepatan dengan apa yang disebutkan oleh Plato di dalam pembinaan tembok dan bangunan Atlantis. Kita boleh menganggapnya sebagai kebetulan, masalahnya piramid di Mexico juga dibina menggunakan warna yang sama; merah, putih dan hitam, bertepatan dengan apa yang di Atlantis. Amat ketara bahawa warna-warna berkenaan mengandungi kepentingan ritual, yang mungkin berhubungkait dengan tiga bangsa manusia (yang disebutkan sebagai bangsa di Atlantis) yang mempunyai warna (kulit) yang sama11.

Malah, orang-orang Mexico biasa menggunakan warna keempat, iaitu warna kuning, melengkapkan empat warna (kulit) bangsa-bangsa manusia. Lagi sekali, seperti biasa, motif ini adalah berasal dari Hindu. Empat warna ini membentuk empat varna (kasta, warna) orang-orang Hindu dan juga terdapat di kalangan orang-orang Mesir12.


Sphinx Berusia Lebih Tua dari Zaman Firaun Mesir

Sphinx melambangkan budaya mesir purba dan cerita rakyat zaman lampau.

Mitologi orang Mesir kelihatannya menggamberkan kejadian-kejadian yang telah belaku di dalam era lampau yang dikenali sebagai Zap Tepi (juga disebut sebagai Sep Tepi), iaitu Era Pertama (Kejadian Pertama).



Sphinx

Ini terutamanya jika kita melihat kepada teks di binaan Edfu, yang membicarakan tentang ular musuh yang dikenali sebagai “The Great Leaping One”. Ini merupakan penutup tirai tempoh penciptaan yang pertama di dalam dunia azali dengan mendatangkan zaman kegelapan dan banjir yang telah melemaskan penduduk-penduduk di Pulau Ciptaan yang kemudian menjadi padang jarak padang tekukur13.

Di dalam Catatan Penciptaan yang lain dinyatakan Sekhmet dewi singa telah menurunkan api kepada sesiapa yang engkar daripada ajaran dewa matahari Ra. Manusia telah menyorok di dalam lubang-lubang untuk mengelakkan ajal mereka, sebahagian besar bangsa manusia masih lagi dimusnahkan. Sekhmet hanya berhenti dari memusnahkan seluruh manusia selepas dia meminum campuran memabukkan yang dihantar oleh dewa bagi membanjiri daratan. Cerita ini dengan jelas mentamsil tentang kejadian api durjana dan banjir yang dikena di dalam dinasti-dinasti Mesir14.

Hanya baru-baru ini disedari bahawa geologi Mesir merekodkan wujudnya selapis abu hasil pembakaran yang terjadi di sekitar 9,000SM (diselaraskan semula menggunakan dendrochronology ke tahun 11,000SM). Lapisan ini juga dikesan di wilayah-wilayah lain di dunia termasuk Siberia, Russia, Amerika Syarikat, Afrika Utara, Eropah dan Australia. Sesuatu yang amat dahsyat terjadi di era berkenaan dan amat rasional untuknya disebutkan di dalam mitos dan lagenda pribumi di seluruh dunia yang memelihara ingatan mengenainya merentasi generasi turun temurun secara berpanjangan15.


Buku best-selling karya Graham Hancock's “Fingerprints Of The Gods” menamakan Antartica sebagai Atlantis bersandarkan kepada karya Rose dan Rand Flemath, pengarang buku “When The Sky Fell” (1995)


Fingerprints of Gods


Sphinx iaitu monumen besar Mesir yang mengambil bentuk singa adalah amat penting. Ia merupakan lambang dewi singa Sekhmet yang merupakan simbol merapi kejam yang pada suatu msa dulu hampir memusnahkan bangsa manusia16.


Piramid Mesir Yang Terbesar Dan Tertua Bukan Dibina Oleh Firaun Khufu

Berdasarkan cerita Herodotus (yang telah melawat Mesir dalam tahun 443SM) yang diterima pakai sehingga kini, Firaun Cheops (nama Greek bagi Khufu) telah membina Piramid Besar semasa pemerintahan beliau dengan menggunakan 100,000 orang buruh dan mengambil masa selama 20 tahun17.

Tetapi dari catatan yang lebih purba, Firaun Khufu sendiri menyatakan bahawa beliau hanya menjalankan kerja membaiki Piramid Besar. Tiang Inventori (Inventory Stele) yang ditemui betul-betul di arah timur piramid bertarikh 1,500SM, dan mengikut Maspero dan pakar-pakar lain telah disalin dari tiang yang lebih lama seusia dengan dinasti keempat. Pada tiang berkenaan, dicatatkan bahawa Khufu sendiri memaklumkan mengenai penemuan beliau semasa membersihkan pasir-pasir dari Piramid dan Sphinx18.

Tiang berkenaan menggambarkan bagaimana Firaun Khufu “mempersembahkan (Isis) dengan memperbaharui, dan membina semula (untuk memulihara, mengubah suai dan membina semula) kuil batunya”19.

Dari situ Firaun telah memeriksa Sphinx sambil menceritakan bagaimana pada zaman beliau monumen berkenaan bersama-sama dengan pokok “sycamore” yang berhampiran telah disambar petir. Petir telah merosakkan sebahagian kepala Sphinx, yang kemudiannya dipulihara secara berhati-hati oleh beliau10.

Ahli egyptologi Selim Hassan, yang telah menggali Sphinx dari pasir yang mengelilingnya pada tahun 1930 memerhatikan memang terdapat bahagian Sphinx yang telah dirosakkan oleh kilat, dan tanda pemuliharaan kuno amat jelas didapati. Juga, beliau mencatatkan, pokok “sycamore” pernah tumbuh di bahagian selatan monumen berkenaan yang tarikhnya dikenalpasti berasal dari zaman besar21.


Model Ulung Era Piramid Mesir: Tiga Piramid Giza

William R. Fix di dalam buku beliau “Pyramid Odyssey” merumuskan

“terdapat banyak perbezaan asas di antara monumen di Giza dengan piramid lain di seluruh Mesir menunjukkan bahawa mereka tidak sesuai untuk kronologi dinasti Mesir yang diperjuangkan. Tetapi jika mereka tidak dipunya oleh dinasti Mesir, hanya satu arah di mana mereka boleh diletakkan – bukan ke hadapan, tetapi ke zaman yang lebih tua”22.



Giza Pyramid Chamber

Beliau menggariskan lima ciri yang dimaksudkan sebagai anomali berkaitan dengan Piramid Besar.

Pertama, hanya tiga piramid terawal iaitu Piramid Besar dan dua lagi yang lain mempunyai lorong di bahagian atas. Dinasti Mesir yang lain hanya berupaya meniru lorong rahsia di bahagian bawah untuk piramid lain yang mereka bina. Ini kerana mereka tidak mengetahui rahsia di bahagian atas23.

Kedua, hanya ketiga-tiga piramid berkenaan yang diselaraskan kepada arah Utara benar secara tepat, yang menunjukkan pengetahuan sains pengukuran bumi dan pembinaan yang canggih – elemen yang tidak didapati di piramid lain24.

Ketiga, hanya (tiga) monumen Giza yang dibina dengan ketepatan yang tinggi – ini ditambah lagi dengan kemahiran pembinaan melibatkan pengolahan batu besar bertan-tan sehingga membolehkan Piramid Giza mencapai saiz raksaksa, yang terbesar di Mesir25.

Keempat, monumen Giza telah dibina menggunakan rekabentuk yang amat asing dari bentuk piramid lain. Di dalam hal ini William R. Fix berpendapat

“Oleh kerana piramid lain mengandungi blok-blok yang lebih kecil, mereka dibina sebagai suatu siri kerangka dengan banyak tembok penumpu yang bertujuan untuk menopangnya. Tetapi tiga piramid besar Giza tidak mempunyai untuk mengandungi kerangka dalaman ini. Hanya saiz blok yang mengeluarkan kestabilan yang diperlukan. Sifat-sifat ini menyerlahkan rupa kerja tangan yang unggul serta melambangkan kemampuan teknologi yang lebih tinggi berbandind dengan apa yang digunakan di tempat lain”26.

Kelima, tidak seperti mana-mana piramid yang mungkin dibina sebelum atau selepasnya, tiada satu pun dari tiga monumen Giza yang mengandungi simbol-simbol keagamaan atau gambar-gambar di ruangan dalam mereka27.


Akan datang. Pertukangan Unggul Ibu Tamadun.


Endnote:

1Mueller W., 1958. Stufen Pyramiden in Mexico and Kambodscha, Paideuma, VI (1958),

473-517), by W. Mueller in Dos Santos, A.N., 1997.

2Dos Santos, A.N., 1997.

3Ibid.

4Ibid.

5“Constellation Draco – A constellation is a group of stars that are connected together to from a figure or picture. Draco the dragon is a long constellation found in the Northern Hemisphere. It is a circumpolar constellation, which means it revolves around the North Pole. People in the Southern Hemisphere can't see it. The head is made of four stars. You can find it north of Hercules. The body slithers around and ends between the Big and Little Dippers. One myth about the dragon comes from Greece. In the story, the dragon Ladon protects the golden apple tree from thieves.Constellation Draco is a far northern constellation that is circumpolar for many northern hemisphere observers. It is one of the 88 modern constellations, and is also one of the 48 constellations listed by Ptolemy.”

6Collins, A., 2006.

7Ibid.

“The axial tilt may equivalently be expressed in terms of the planet's orbital plane and a plane perpendicular to its axis. In our solar system, the Earth's orbital plane is known as the ecliptic, and so the Earth's axial tilt is officially called the obliquity of the ecliptic. In formulas it is abbreviated with the Greek letter ε (Epsilon).”

8Dos Santos, A.N., 1997.

9Ibid.

10Ibid.

11Ibid.

12Ibid.

13Collins, A., 2006.

14Ibid.

15Ibid.

16Ibid.

17Jochmans, J.R., 1996.

18Ibid.

19Ibid.

20Ibid.

21Ibid.

22Ibid.

23Ibid.

24Ibid.

25Ibid.

26Ibid.

27Ibid.



Reference:

1. Collins, A., 2006. Beyond The Horizon Documentaries. A Report by Andrew Collins. Accessed on 02 Jul 2006. http://www.andrewcollins.com/page/review/horizon.htm

2. Dos Santos, A.N., 1997. The Horse Sacrifice By Prof Dr. Arysio Nunes Dos Santos. Accessed on 17 Jan 2007. http://www.atlan.org

3. Jochmans, J.R., 1996. How Old Are The Pyramids? By Joseph Jochmans. Excerpt from "Time Capsule: The Search for the Lost Hall of Records in Ancient Egypt," . Alma Tara Multi-Versity, P.O. Box 10703, Rock Hill, SC 29731. By Joseph Robert Jochmans, 1997. Accessed on 12 Oct 2007. http://www.atlantisrising.com/issue8/ar8pyramids.html

No comments:

Post a Comment