Written by kalajiau ingaa | |
Mengambil Kayu Api Baiklah, kali ini aku bercerita mengenai kayu api.
Biasanya si bapa atau abang beramai-ramai mengambil kayu api dengan saudara mara dan jiran di kebun-kebun yang berdekatan. Tidak kisahlah di kebun siapa. Di zaman kami, kalau setakat mengambil kayu api, pemilik kebun tak akan berkira. Pandai-pandailah mencari kayu yang telah tumbang. Asal jangan sampai menebang kayu hidup sudahlah. Atau mengambil buah-buahannya. Mencurilah tu. Mencuri? Ambil untuk makan masa di sana? Ala, sikit-sikit pun boleh bah, jangan lebih-lebih. Bila-bila terjumpa dengan tuanpunya kebun nanti beri tahu lah. Jangan lah pula sampai ke tahap hendak dijual. Berbalik semula kepada bab kayu api. Pergi beramai-ramai, kerja sama-sama, hasilnya pula kepunyaan masing – masing atau dibahagi sama rata. Acara wajib aktiviti gotong-royong (mucang) semasa kenduri kendara ialah memasukkan tugas rutin – mencari kayu api dengan banyaknya. Kayu api yang telah ditampik akan dijemur dengan susunan disusun untuk dikeringkan. Kayu-kayu ini ditapas di bangsal dan sebahagiannya di bawa ke rumah atau ke tempat memasak yang tersedia. Kayu api yang digemari ialah kayu getah. Batangnya berwarna cerah, urat kayunya lurus senang dibelah, agak licak dipotong dan dibelah.
Kami yang masih anak-anak hanya tahu bergembira. Masa bekerja ini juga merupakan kegembiraan bagi kami yang sukarela atau dikerah untuk membantu. Kayuapi yang dipotong kemas kami susun tapas tapas bak mainan 'lego' raksaksa. Tidak tahulah pula kayu apa yang paling baik sebelum kayu 'havea brasilia' ini ditanam di borneo. Untuk kegunaan biasa, mama dan kakak juga tidak ketinggalan mencari kayu api. Malah kami yang masih kecil juga mencari kayu dalam kes-kes kecemasan. Maksudnya kayu dah habis, telah tiba pula masa memasak. Jadi kami pun aampa-miaa mencari ranting kayu kering yang bertebaran di sekitar halaman rumah. |
Friday, May 16, 2008
Aku Oang Daat - Part 9
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment