Sunday, May 25, 2008

Sabah BERJAYA, 1976

Written by Arimi Sidek

Sabah in Time 3

Tindak-tanduk Tun Mustapha dan serta gagasan beliau untuk keluar dari Malaysia telah menggusarkan para pemimpin persekutuan di Semenanjung. Jika dibiarkan, kejadian seperti Singapura berpisah dari persekutuan akan berulang.

Tun Abdul Razak

Jadi, mereka telah memutuskan, Tun Mustapha harus dijatuhkan. Bukan satu rahsia bahawa mereka mendalangi pembentukan parti Berjaya. Ia merupakan usaha yang didukung tterutamanya Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

Pembentukan parti Berjaya telah diumumkan pada 15 Julai 1975. Berjaya dilapor ditubuhkan semasa Tun Mustapha berada di London dan para pemimpin tertinggi USNO berada di luar negeri (Sing, 1979).

Di dalam sidang akhbar penubuhan parti berkenaan presidennya, Datuk Harris Salleh, mendakwa bahawa objektif penubuhan parti baru yang bersifat pelbagai kaum ini adalah untuk menyelamatkan negeri Sabah dari salahlaku pengurusan, rasuah dan pemerintahan kuku besi.

Para pemimpin Berjaya juga berjanji untuk mengembalikan demokrasi dan agihan kekayaan dan peluang-peluang yang lebih adil kepada orang-orang Sabah.

Source:

Sing, F.H., 1979. A Constitutional Coup D’Etat: An Analysis of the Birth and Victory of the Berjaya Party in Sabah, Malaysia by Sing Fong Han. Asia Survey, Vol. 19, No. 4 (Apr., 1979), pp. 379-389. University of California Press.

No comments:

Post a Comment