Saturday, May 24, 2008

Sabah in time 2, 1975

Written by Arimi Sidek

Tun Mustapha yang berwibawa dan berkuasa

Di era ini kerajaan negeri Sabah mempunyai kuasa yang agak berleluasa di dalam persekutuan.

Tun Mustapha plays Violin

Tun nampaknya mempunyai kemampuan untuk berunding, dan tahu untuk memaksa kerajaan persekutuan untuk memenuhi kehendak kerajaan negeri.

Malah Tun mempunyai gagasannya sendiri, mungkin mendapat ilham dari peristiwa Singapura keluar dari Malaysia. “… Mustapha telah menulis satu memorandum bertajuk “Kedudukan Sabah di dalam Malaysia di masa hadapan” yang telah dibaca dan diedarkan di dalam mesyuarat USNO pada 23 April, 1975” (Sing, 1979).

Kerajaan USNO pimpinan Tun memang berkuasa. Tilman (1976) mengakuinya dengan menyebut satu berita kerajaan (Tun Datu) Mustapha juga menggunakan kuasa-kuasa imigresen untuk mengusir warganegara Malaysia yang bekerja dengan akhbar pembangkang, walaupun mereka ini telah lama bermastautin di Sabah.

Di bawah (pentadbiran Tun Datu) Mustapha, radio dan televisyen tempatan Sabah mengugurkan semua dialek dan siaran bahasa cina. Panggung wayang telah menyekat tayangan di dalam bahasa selain dari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sumber:

Sing, F.H., 1979. A Constitutional Coup D’Etat: An Analysis of the Birth and Victory of the Berjaya Party in Sabah, Malaysia by Sing Fong Han. Asia Survey, Vol. 19, No. 4 (Apr., 1979), pp. 379-389. University of California Press.

Tilman, R.O., 1976. Mustapha’s Sabah, 1968-1975: The Tun Steps Down by Robert O. Tilman. Asian Survey, Vol. 16, No. 6, (Jun., 1976), pp. 495-509. University of California press.

No comments:

Post a Comment