Thursday, May 29, 2008

Keluar Isi Perut! 1975

Written by Arimi Sidek

Sabah in time 5

Jadi, sebuah parti baru yang dinamakan Bersatu Rakyat Jelata Sabah – BERJAYA dilahirkan. Pengumuman mengenainya dibuat semasa Tun berada di luar negara.

Barisan pemimpin Berjaya

BERJAYA kemudian melancarkan serangan besar-besaran dan menyeluruh. Ia bagai memuntahkan isi perut yang selama ini tidak kelihatan, yang terpendam jauh di lubuk usus. Hasilnya masyarakat Sabah menjadi 'loya' dengan Tun.

Apa isi dakwaan mereka?1

Banyak.

Ia bagaimana pun berkisar kepada gaya kepemimpinan dan cara hidup Tun Datu Mustapha, pemimpin Sabah yang dianggap oleh ramai orang sebagai taat beragama, berwibawa dan berkrisma.

Berikut merupakan antara isi dakwaan Berjaya yang disiarkan pada 16 Julai, 1975.

Tun berkampung di luar negara - Tun hanya meluangkan sekelumit masa di Sabah. Kebanyakan masa dia berada di United Kingdom dan Eropah di mana dia memiliki harta berjuta-juta pound.

Tun pilih kasih - Perkhidmatan awam di bawah Tun dicemari dengan pilih kasih. Keinginan dan tujuan segala arahan umum dan arahan kewangan diketepikan untuk mengutamakan nafsu serakah hanya untuk seorang, iaituTun mustapha.

Tun diktator - Kepimpinan Tun di dalam USNO adalah dimana tiada seorang di dalam parti yang boleh mengatakan sekalipun kritikan yang paling lembut tanpa bakal menerima padah.

Tun hendak membengkrapkan Sabah - Tun berbelanja sewenang-wenangnya sehingga Sabah menjadi hampir bengkrap. Tun menganggap Sabah bukan sebagai sebuah negeri tetapi sebagai harta persendiriannya.

Dah ada Gruman, hendakkan Boeing lagi! - Tun membeli dua jet Gruman untuk kegunaan pribadi dan kawan-kawan luar negaranya. Mereka ini dikurniakan pingat walaupun tanpa pernah menjejakkan kaki ke Sabah, sekaligus tanpa sumbangan apa-apa sekalipun kepada negeri ini. Kedua-dua jet ini memerlukan penyelanggaraan berjuta-juta. Tetapi nampaknya tetapi beliau masih belum berpuas hati dengannya dan dalam proses untuk mendapatkan dua lagi kapalterbang boeing 707.

Tun hendak keluar dari Malaysia - Tun mendakwa telah membelanjakan lebih seratus juta ringgit wang negeri untuk projek-projek persekutuan tanpa berunding terlebih dahulu. Apabila gagal menuntut pembayaran balik dari kerajaan persekutuan, dia meminta supaya kerajaan negeri dibenarkan meminjam dari luar negara. Kemudian, kerana keinginan ini tidak dipenuhi, beliau kemudian mengugut [untuk membawa Sabah] keluar dari Malaysia.

Sehubungan itu, BERJAYA menuntut penjelasan dari mana Tun memperolehi wang berjuta-juta yang telah dibelanjakan untuk membeli istana dan ladang luas di UK, dan istana besar yang dibina di Australia untuk salah seorang teman wanitanya.


Sumber:

1Daily Express Newspaper, 16 Jul 2008. (Dari imej di sikmading.blogspot.com. Bak kata orang “pucuk dicita ulam yang datang”. Sejak dua tiga hari lepas saya mencari-cari gambar mendiang Datuk Yeh Pao Tsu (juga dieja sebagai Yeh Pao Tzu) untuk dipadankan dengan coretan BERJAYA kutuk Tun, 1975. Tiba-tiba secara kebetulan saya terjumpa dengan dua bahagian suratkhabar yang dimaksudkan di laman berkenaan. )

No comments:

Post a Comment