Tuesday, May 13, 2008

Sabah in time 1, 1975

Written by Arimi Sidek

Tun Datu Mustapha bin Datu Harun

Tun Datu Mustapha bin Datu Harun

Awal dekad kedua kemerdekaan ini digambarkan oleh Milne (1976) bahawa suatu “… perkembangan dramatik telah berlaku di Sabah, dihasilkan oleh impian Ketua Menteri, Tun Mustapha. Pemerintahan hampir-diktator beliau di negeri ini, dicapai dengan pendidikan formal ala kadar, membolehkan beliau memenangi kejayaan demi kejayaan pilihanraya secara pukal dan memberi kesan kepada penganutan Islam secara besar-besaran”.

Milne menambah bahawa “kekayaan peribadinya (Tun Mustapha) yang berasal dari kekayaan Sabah, terutamanya kayu balak, digunakan untuk membina perhubungan politik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau memiliki kepentingan besar di dalam The Star, suratkhabar yang berpengkalan di Pulau Pinang di mana Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri, mencatatkan tinggalannya (legacy) secara berterusan.”

Keadaan politik di zaman ini digambarkan oleh Bradley seperti berikut. “Di Sabah tiada terdapat pembangkang rasmi. Apa yang berlaku, perbalahan yang semakin menjadi-jadi diantara UPKO dan USNO telah mencipta peyokong dan pembangkang dalaman de facto secara yang tidak sistematik di negeri berkenaan.”

Keadaan ini walau bagaimanapun hanya diselongkar apabila Tun Mustapha tidak lagi berkuasa.

Menurut Tilman & Tilman (1977) banyak tuduhan rasuah telah dilemparkan kepada bekas orang kuat Sabah, Tun Datu Mustapha bin Datu Harun, tetapi menyingkirannya dari kuasa dilakukan melalui proses politik berbanding dengan proses kehakiman.


Sumber:

Milne2, R. S., 1976. Malaysia and Singapore, 1975 by R. S. Milne. Asian Survey, Vol. 16, No. 2 A survey of Asia in 1975: Part II, (Feb., 1976), pp 186- 192. University of California Press.

Bradley, C. P., 1968. Communal Politics in Malaysian Borneo. The Western Political Quarterly, Vol. 21, No. 1, (Mar., 1968), pp. 123-140. University of Utah on behalf of the Western Political Science Association.

Tilman, R.O., & Tilman, J.H., 1977. Malaysia and Singapore, 1976: A Year of Challange, a Year of Change by Robert O. Tilman and Jo H. Tilman. Asian Survey, Vol. 17, No.2 A Survey of Asia in 1976: Part 2, (Feb., 1977), pp. 143 – 154. University of California press.

No comments:

Post a Comment