Monday, February 25, 2008

Harta Kedayan di Brunei Semakin Hilang

Written by Alisofie


Harta Pusaka Kedayan di Brunei Semakin Hilang

Kali ini aku mengutarakan SOAL HARTA PUSAKA KAUM KEDAYAN YANG SEMAKIN HILANG. Pengalaman ku sebagai PROPERTY MARKETING lebih 10 tahun dinegara kami (BRUNEI DARUSSALAM), puak Kedayan dahulunya merupakan bangsa yang mempunyai harta pusaka yang unggul disegi Tanah.



Jerudong Highway

Tetapi akhir akhir ani nampaknya bangsa kitani semakin kehilangan tanah akibat kemiskinan.

Apakah Paadiaan Paadianku di Malaysia sama jua liau? Akibat miskin tanah dijual?

Aku amat sedih melihat betapa mudahnya bangsa kitani melepaskan EMPIREnya kepada bangsa lain. Kalaulah satu ekar dilepaskan dan akan datang semula berpuluh puluh ekar itu tak mengapa. Tetapi ekar ekar tanah yang dimiliki oleh bangsa kitani terus hilang satu demi satu ke tangan bangsa lain. Dahulunya bila disebut sahaja Puak Kedayan maka bangsa lain berucap "ahh... banyak banyak tanah kaum kedayan atu!"

Tetapi sekarang kitani sudah mula berkurang pemilikan tanah. Susah payah orang tuha kitani dahulu menghimpun harta pusaka dan kini anak anaknya mula mengadaikan dan menjualnya dengan mudah.

Satu perkara lagi bila Kaum kitani sudah kaya ia lupa kan siapa asal usulnya. Maksudnya apa yang ku katakan lupa akan usulnya atu adalah inda tia sanggup berkuapak cakap Kedayan dan hawar tia kan mengakun kedayan. Kerana anggapan Kedayan selepas kemiskinan bahawa adalah bangsa kedayan ani inda standard. Inilah amat menyedihkan.

Apa pendapat liau disana?

Apa yang aku kuapakkan disini inda pulang semuha kedayan begitu tetapi kebanyakannya begitu.


Salam hormat Suara dari Buhor (Bukit) 2008!

AliSofie

Artikel ini merupakan pandangan peribadi pengarang dan tidak semestinya menggamberkan pandangan rasmi KadayanUniverse.Com mengenainya – Kaawai Tanah.


Comments

Bunga |2009-02-10 07:45:00
Masalah serupa banyak berlaku di kampung-kampung yang terdapat di negeri Sabah.Pemilik tanah dengan mudahnya menjual harta pusaka kepunyaan ibubapa mereka kepada bangsa lain tanpa memikirkan sedikit pun usaha-usaha yang telah dilakukan oleh ibubapa mereka utk mendapatkan hak milik tanah berkenaan sedikit masa dahulu.Jika penulis berkesempatan melawat negeri sabah, silakan melawat ke ke satu Daerah bernama Ranau disana buktinya ramai bangsa lain sudah memiliki tanah bergeran dari penduduk kampung.Siapakah yang harus disalahkan?

No comments:

Post a Comment